KUALA LUMPUR – Dianggarkan hampir 180,000 warga Rohingnya yang berdaftar dan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tinggal di Malaysia.

Bagi angka pelarian pendatang tanpa izin (PATI) Rohingnya pula dianggarkan hampir 2 kali atau tiga kali ganda jumlahnya ketika ini.

Malah data UNHCR menunjukan daripada jumlah pelarian serta pencari suaka di Malaysia ini, seramai hampr 46,740 pula adalah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun.

Malah jumlah kelahiran bayi Rohingya di negara ini meningkat dari tahun ke tahun, sudah tentu kita tertanya-tanya apakah kesudahannya nasib pelarian ini.

Kebanyakan bangsa Rohingya ini pula tinggal di bandar-bandar besar terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi lubuk rezeki bagi mereka.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara dalam temuramah dengan MalaysiaGazette ketika diajukan isu tersebut hanya mampu menggelengkan kepala.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segamat meluahkan rasa bimbang dan memberitahu bahawa ketika ini kerajaan hanya membenarkan mereka tinggal sementara di negara ini.

“Kita tidak boleh lakukan sesuatu yang drastik atau hantar balik seperti saranan segelintir pihak. Negara asal mereka iaitu Myanmar tidak iktiraf kewarganegaraan mereka. Jadi bagaimana?

“Kita sendiri benarkan mereka tinggal sementara di sini atas dasar perikemanusian sehingga satu masa akan datang, yang kita pasti bukanlah dalam masa terdekat mungkin juga dalam lima tahun akan datang lagi, mungkin.

“Negara lain pula lagi-lagi ketika sedang melalui fasa sukar pandemik Covid-19 ketika ini. Kebanyakan mereka sudah tutup sempadan jadi siapa hendak ambil mereka beramai-ramai? Semua negara sedang cuba mengawal populasi, masalah sosial serta sedaya upaya tangani wabak ini.

“Saya mendapat tahu bayi dalam kalangan Rohingnya yang lahir untuk tahun ini sahaja sememangnya tinggi. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa angka lain sebaliknya biar pihak berwajib untuk menyebutnya.

“Kita ada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan sebagainya, mereka juga amat arif dengan angka, statistik dan sebagainya. Saya lebih fokus di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan.

“Di sini, antara lokasi yang telah didominasi oleh Rohingnya termasuklah Pasar Borong Selayang yang kini menjadi sebutan juga di bawah perhatian Kementerian kami, di lokasi itu sahaja warga Rohingnya sudah cecah sehingga 15,000 orang,” katanya.

Kanak-kanak bangsa Rohingya di Sekolah Pelarian Rohingya Al-Ikhlas Selayang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 SEPTEMBER 2019

Beliau juga turut melahirkan rasa hairannya mengapakah negara-negara mempelopori UNHCR serta lantang memperjuangkan hak asasi pelarian ini enggan pula memberikan perlindungan kepada golongan Rohingnya di negara mereka.

“Mengapa tidak Eropah seperti Switzerland, Itali mahupun Paris ambil kumpulan ini, beri penempatan sementara sehinggalah negara ketiga dikenalpasti oleh UNCHR?

“Masing-masing bercakap dengan lantang sekali, dengan penuh rasa kemanusian jadi mengapa tidak kamu juga ambil sedikit sebanyak daripada etnik ini? Saya tidak faham sama sekali.

“Saya beri contoh ya, jika ada 50 negara cuba bantu isu etnik Rohingnya ini, masing-masing beri penempatan sementara, jika 5,000 orang sebuah negara, jumlahnya sudah cecah sehingga 250,000 orang. Ini termasuklah negara-negara Islam di luar sana.

“Ini hanya contoh, mungkin anggaran ini boleh menjadi lebih tinggi lagi, sekurang-kurangnya etnik Rohingnya yang ketika ini sedang tinggal secara ‘haram’ dengan anggaran hampir 400,000 atau lebih sudah ada tempat tinggal.

“Kita terima mereka atas dasar kemanusian, jumlah mereka ramai dan kini kita sedang berhadapan dengan isu-isu lain juga yang akhirnya juga membebankan rakyat kita sendiri,” ujarnya.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya dan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR.

Artikel berkaitan: Malaysia tidak iktiraf status pelarian Rohingya – Hamzah Zainudin

Ini disebabkan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

Walaupun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, negara sedang menghadapi masalah kemasukan pelarian dan pengurusan yang betul adalah perlu agar ia tidak membebankan negara.

Hakikatnya, Malaysia perlu menangani serta menguruskan isu etnik Rohingnya mahupun lambakan warga asing termasuk pelarian secara betul atau ia akan membebankan negara pada masa depan. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Duduk sini bagus membiak… Menambah biawak yg nk dipikul kerajaan dan rakyat malaysia.. X mustahil nanti sebahagian tempat, kawasan dan hak anak cucu kita dimonopoli oleh pati ini….

  2. Mungkin Kerajaan boleh menggunakan teknik memandulkan org² Myanmar ini sama ada lelakinya atau perempuannya utk mencegah peningkatan populasi mereka .
    Dan serahkan tugas/proses memindahkan mereka sedikit demi sedikit ke negara² yg lantang berbunyi pasal kemanusiaan.

  3. Mereka perlu kembali ke Arakan untuk memperjuangkan negara mereka tetapi mereka tidak mahu kerana PATI ini adalah yang bacul dan penakut untuk berjuang. Mereka adalah pelarian ekonomi yang mengharapkan layanan mesra dari negara kita. Halau sahaja mereka balik ke negara mereka!

  4. Kenapa Rohingya sahaja yg dipersoalkan. Bagaimana dgn Ethnik Chin Dan Warga Myanmar yg lain Juga menggunakan kad UNHCR . Mereka ini jugs sangat ramai Dan jumlahnya dikatakan hampir sama dgn Ethnik Rohingya. Kalau Rohingya Memang sah mereka adalah pelarian tetapi bagaimana dgn Ethnik lain yg mengambil kesempatan Dan menipu UNHCR

  5. KERAJAAN WAJIB BUAT SESUATU UNTUK MEMBERSIHKAN NEGARA DARIPADA PELARIAN DAN PENDATANG HARAM!!!
    RAKYAT SUDAH MULA RISAU DENGAN BILANGAN MEREKA YANG TERLALU RAMAI,
    KERAJAAN SEPATUTNYA MEMIKIRKAN MASALAH RAKYAT BERBANDING MASALAH PELARIAN,
    MEMANG BETUL ATAS DASAR KEMANUSIAAN,TAPI KALAU SAMPAI SEMUANYA NAK DUDUK KAT SINI,RAKYAT SENDIRI MACAM MANA???BANYAK LAGI RAKYAT YANG PERLUKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN,BUKAN PELARIAN!!

  6. Tak payah kasihan sangat lah..kalau bangsa pendatang ni perangai elok tak apa,dduk smntra pn org tak mrh..dh la perangai mcm bngsat,berlakon wayang shj tnjuk baik mula2..lps tu jdi hantu..penyelesaiannya hanya 1,HANTAR BALIK KE NEGARA ASAL MASING2!! Selesai

  7. Hantar diorg ke Pulau Bhasan Char…. PULAU BHASAN CHAR….

    Hantar semua sekali… semua sekali 100%…

Comments are closed.