TERKINI : KKM Temui Ada Kluster Baharu di Tapak Pembinaan – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkata wujud kluster baharu yang dilaporkan menjangkiti 28 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata pihaknya masih belum dapat mengesahkan jangkitan di kawasan itu bermula daripada mana.

“Kita telah jalankan siasatan dan mulanya kluster tersebut mungkin ada kaitan dengan kluster lain. Mereka yang terlibat duduk dalam satu rumah dan mungkin jangkitan daripada kluster lain.