KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu melakukan pengepungan mengejut di mana-mana kawasan ‘hot-spot’ untuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang dilakukan di Pasar Borong Selayang bulan lalu.
Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun ramai yang mengadu tidak dimaklumkan terlebih dahulu namun aduan seumpama itu tidak perlu dihiraukan.
”Lain kali, kepung dulu. Kawal ketat-ketat. Jangan biar sesiapa ada peluang untuk melarikan diri untuk mengelak saringan atau kuarantin.
”Jangan hirau jika ada NGO atau penduduk tempatan mengadu,” katanya yang mengulas laporan sebuah portal mengenai pekerja asing melarikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid-19.
Sekumpulan pekerja asing itu menjalani ujian saringan selepas mereka yang menjadi kontak kepada pekerja dijangkiti Covid-19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy di ibu negara.
Ada dalam kalangan mereka ini tinggal bersama di dalam rumah kongsi atas tapak pembinaan kondominium mewah di Jalan Ampang, yang mana 28 daripada 400 pekerja asing disahkan positif Covid-19.
Seramai 145 pekerja melarikan diri dari tapak pembinaan itu selepas pasukan perubatan melakukan ujian saringan dan ketika polis dalam perjalanan untuk mengepung kawasan itu.
Cuma 11 pekerja yang melarikan diri berjaya ditahan setakat ini. – MalaysiaGazette
Kalau macam ini punya perangai warga asing, lebih baik kerajaan ketatkan supaya semua warga asing perlu buat ujian Covid kalau hendak bekerja, dan majikan perlu bertanggungjawab keatas semua pekerja asing ini, lari dari kuarantin maka permit kerja di batalkan atau majikan kena panalti henti tugas.
Betul tu dsnajib. Jangan hirau ngo dan wartawan ni. Kesejahteraan rakyat lebih utama.kalau UMNO yang memerintah tentu aksn lebih baik kagi keadaannys.
MENYUSAHKAN!!!
kerajaan ambil perhatian isu nie,
di saat negara dilanda wabak merbahaya C19,
frontliner negara bersusah payah bertugas membendung serta menyelamatkan rakyat,
pendatang2 haram nie boleh pulak menyusahkan lagi frontliner,
puak2 nie dah keterlaluan!! dah la pengotor,kurang ajar,bodoh pulak tu,
geram pulak aku dengar,makin sial la puak2 nie
Najib only know how to talk but during his time, most of them overstay and nothing was done. His Deputy, Zahid the biggest culprit (Bapa Foreigner’s) bringing thousands people from all over under his related company and nothing was said by Najib. Hai malaysian, do you believe what Najib says? Come on, you are better than this two national culprit.