Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

KUALA LUMPUR – Bekas orang nombor dua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 23 Februari lalu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, menurut Fasal 13 Perlembagaan Bersatu, MPT adalah badan tertinggi parti di luar mesyuarat agung dan oleh itu keputusan itu mengikat seluruhparti dan kekal sehingga ada keputusan sebaliknya daripada MPT.

“Saya menyeru semua pihak menghormati keputusan ini tegas berdisiplin menjaga kerukunan dan pepraduan parti dan sama-sama menggiatkan usaha memperkukuh keluarga besar Bersatu terutama ketika negara masih bergelut dengan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada keputusan mesyuarat Exco Armada Nasional hari ini yang membuat keputusan untuk menolak UMNO dan kembali ke PH hari ini walaupun ia mendapat bantahan daripada bahagian-bahagian sayap itu di seluruh negara.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Keputusan kembali kepada PH ditolak Armada negeri

1 Komen

  1. Kembalilah kepada PH untuk menjadi kuda tunggangan DAP. Mudah untuk rakyat dan orang Melayu dan Islam untuk menolak Bersatu pada pilihanraya. Segelintir ahli Bersatu sombong dan telah jelas menggadai
    Msruah bangsa Melayu dengan membiarkan DAP sewenang eenangnya menhahanbmkan hak milik dan kesejahteraan bangsa melayu. Kami rakyat berbilang bangsa sudah insaf dan bersedia untuk muafakat nasional menjadj kerajaan pada PRU15. Untuk Tun cukup cukuplah berbohong apatah lagi menipu PH untuk menjadi PM sepanjang hayat. Rakyat dah loya dan meluat untuk mendengsr apatah lagi menyebut namd.

Comments are closed.