Rick Morgan ketika menahan kenderaan SUV yang dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

NEW YORK – Seorang anggota peronda lebuh raya terkejut apabila sebuah kenderaan SUV yang ditahan selepas kepala pemandunya tidak kelihatan, rupa-rupanya dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki 5 tahun.

Ketika ditahan, kenderaan itu dipandu pada kelajuan 51 kilometer sejam di atas jalan raya di Lebuh Raya Utah.

Anggota itu berkata, dia menahan kenderaan itu kerana tidak nampak kepala pemandu berkenaan.

Beliau khuatir jika pemandu tersebut mengalami masalah.

“Anda berusia 5 tahun, wow!,” kata Rick Morgan dalam kamera video.

Morgan kemudian bertanya kepada kanak-kanak itu, “OK, di mana anda belajar memandu kereta?”.

Semasa ditahan, kanak-kanak itu baru memandu kira-kira antara 3 hingga 5 kilometer dari kediamannya sebelum diminta keluar di tepi jalan di Interstate 15 di Ogden, bandar utara Salt Lake City.

Petugas lebuh raya itu berkongsikan kisah itu dilaman media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Morgan berkata, kanak-kanak itu memandu dengan duduk di hujung bangku supaya kakinya sampai pada pedal brek.

”Kanak-kanak itu menegaskan dia berusia 5 tahun dan keluarganya mengesahkan dan akan menginjak 6 tahun bulan depan,” kata Morgan.

Kanak-kanak itu hampir menangis semasa kenderaannya berhenti.

Budak itu menjelaskan dia meninggalkan rumah setelah bertengkar dengan ibunya, menurut peronda jalan raya itu.

“Ibunya memberitahunya dia tidak akan membelikannya Lamborghini.

“Dia kemudian memutuskan untuk membeli kereta itu dan mahu  ke California untuk membelinya sendiri,” tambah Morgan.

Peronda itu berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak itu sedang bekerja dan dia tinggal bersama adik-beradik yang lain.

Semasa polis menghantar kanak-kanak itu pulang, kedua ibu bapanya sedang mencari anak mereka.

Kunci kenderaan itu berada di dalam rumah, kata pihak berkuasa.

Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak mereka tidak pernah memandu sebelum ini dan itu adalah kali pertama dia melakukan perkara tersebut,” menurut Morgan.

Leftenan Nick Street, jurucakap rondaan lebuh raya, mengatakan pihaknya tidak memfailkan kes tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast