TERKINI : Polis Buru 9 Warga Asing Lari Dari Pusat Kuarantin

Polis telah mempergiatkan usaha memburu sembilan warga asing yang merupakan pekerja binaan yang telah melarikan diri daripada Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru Kampus (IPG) Bahasa Antarabangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan tiga laporan polis telah dibuat berhubung kejadian warganegara asing melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19.

Katanya, laporan Polis tersebut telah dibuat oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Pusat Kuarantin tersebut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast