Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Pemerhati politik menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak terlalu obses terhadap kuasa semata-mata sehingga sanggup membelakangkan keutamaan yang perlu diberi tumpuan pada waktu ini, iaitu menangai wabak Covid-19.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr. Jeniri Amir menegaskan, rakyat sudah muak dengan permainan politik demi kuasa semata-mata, seterusnya membelakangi keperluan yang sepatutnya diberi perhatian.

Katanya, ia akhirnya mencetuskan risiko ketidakstabilan politik dan menjejaskan pelbagai aspek dalam pentadbiran.

Tambah beliau, usaha untuk membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Dewan Rakyat akan datang sama sekali tidak membantu, sebaliknya hanya merumitkan keadaan untuk memerangi wabak yang penular dalam negara.

“Permainan politik harus diletakkan dibelakangkan, ketepikan, lebih-lebih lagi mereka (Pakatan Harapan) sudah puas berkuasa. Seperti Tun Mahathir tidak perlu terlalu obses dan gila kuasa, ketika rakyat mahu melhat kerajaan memberi tumpuan tangani Covid-19 dengan berkesan jadi sekarang sekarang tidak membantu (membuat usul tidak percaya).

“Kita tidak ada waktu berlakunya krisis dan ketidakstabilan politik sekali lagi ekoran usul yang dikemukakan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sehubungan itu, beliau berkata, tumpuan dan usaha kerajaan pada waktu ini untuk memastikan Covid-19 dapat dibendung dan menyelamatkan rakyat tidak wajar diganggu dengan isu politik yang sepatutnya boleh diketepikan untuk sementara waktu.

“Ahli politik kita ini perlu letak keutamaan yang betul, ini bukan masa yang sesuai untuk bermain politik, kita sedang berdepan dengan perang yang menentukan kita menang atau tidak.

“Bukan sekarang, ini bukan masa yang tepat, tidak sesuai, kita tidak boleh kalah. Jadi jangan diganggu tumpuan kerajaan dalam usaha tangani Covid-19 dengan permainan politik ini,” tambah beliau.

Jeneri berkata demikian sebagai mengulas mengenai surat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membawa usul membuktikan bahawa Dr. Mahathir mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, sekaligus melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun usul beliau ditolak, manakala usul yang dibawa oleh Tun M yang juga Ahli Parlimen Langkawi pula telah diterima hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, hari ini dilaporkan berkata usul yang dikemukakan 4 Mei lalu tertakluk di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Beliau berkata usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Susulan pandemik Covid-19, Dewan Rakyat akan bersidang sehari pada 18 Mei ini dijangka akan membincangkan Rang Undang-Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja.

Berikutan itu, tiada sesi pertanyaan jawab lisan di bawah Peraturan Mesyuarat 22(2) dan 22(5).

Menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai gila kuasa dan ‘meroyan’ kerana gagal memegang jawatan lebih lama, Jeneri berkata, rakyat berhak mempertikaikan motif yang dibawa Dr. Mahathir kerana ia dilihat konsisten ingin mengetuai pentadbiran negara ini.

Sekiranya Dr. Mahathir tidak mahu berganjak dengan pendiriannya dan masih berkeras untuk kembali menjadi Perdana Menteri, beliau disarankan untuk bersabar sehingga wabak Covid-19 tamat.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu juga dinasihatkan menggunakan pilihan raya akan datang untuk kembali berkuasa.

“Rakyat berhak tanya apa agenda Tun M? Tidak cukupkah dua kali jadi Perdana Menteri, sabar dahulu. Biar masalah yang kita hadapi sekarang berlalu dulu tangani dulu masalah sekarang.

“Tunggu pilihan raya lagi bagus untuk muktamadkan secara tuntas, untuk selesaikan soal kuasa secara tuntas,” menurut Jeneri yang berpendirian sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama sehari itu  tidak patut dicemari dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Pada masa sama Jeneri menasihatkan semua ahli politik bijak untuk menentukan keutamaan negara.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac yang lalu selepas Pakatan Harapan (PH) bergolak, sekali gus menjadi titik tolak bermulanya pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Pergolakan dalaman PH yang akhirnya meruntuhkan kerajaan bermula dengan perletakan jawatan Dr. Mahathir pada 24 Febuari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

11 Komen

  1. Jadi PM Malaysia seronok sebab Di Dewa2 kan oleh penyokong fanatik dan kaki jilat
    Berbangga jadi DEWA HINDU tu

  2. Org tua gila kuasa…yg ada dalam kepala otak dia ialah kuasa dan dendam..rakya tengah susah ni dia peduli apa…

  3. Sudah sampai masanya untuk semua rakyat Malaysia khususnya yang Islam melakukan Solat Hajat dan mendoakan supaya Tun M pergi jaiuh dan tidak lagi mengganggu kesejahterasn rakyat Malaysis khususnya orang melayu dan islam sang sekarang ini hidup harmoni dengan hetajaan sekarang. Bulan Ramadhan yang mulia ini baik untuk kita semus berdoa.

  4. Keselamatan rakyat dan negara dari serangan wabak convid19 bukan menjadi perkara penting bagi saka tua madey kuty.Apa yg penting bagi nya adalah kuasa untuk melindungi suku sakat dan kroni nya.hehe

  5. Gila kuasa la nak selamatkan kroni dan anak2 dia… Takot akan datang SPRM dtg ketuk pintu rumah, syarikat anak dan dirampas sbb byk tender kroni dia dpt…. Cukup2 lah atuk memporakperanda kan malaysia dan sanggup bersatu dgn DAP yg dulu nya di kata kan parti paling rasis dan merbahaya…. Xkan la rakyat x nampak lagi game atok….

  6. Pernah ke dia ni dengar nasihat org lain apa yg dia cakap ada betul dan mutamat org laian salain dri anak2 dan keroni semua yak betul…nak kan dia diam lantik lan anak nya jadi tpm atau pm maka dia akan diam dan tersemyun spai habis nyawa.meluat pedap dan bebagai istilah lagi dituju kan pada dia ada ke dia ambil kisah..yg dia kisah kekayaan yg di sorok besama anak beranak.

  7. nasihat saya pd atok …berenti jer ler tok ….atok mudah lupa….melayu mudah ingat….atok x ingat lagi ker yg atok dah pecat diri atok sendiri….teriba atok teringat balik yg atok dah terlupa… so atok ingat nak u-turn balik….tapi atok lupa duli ydpa sangat bijak ingatan kuat x lupa…..

  8. atok nih rasis pada orang yg x suka pd kroni2 dan anak beranak dia…..dia akan melinting2 mcm berok kena ketum….kalau orang ysik anak2 dan kroni2 gila babi dia ….kroni yg jengkaut segala khazanah negara sampai licin x berbaki

  9. Dunia pun pening dan hairan dengan perangai Tun M ini. Apa yg dia mahu sebenarnya? Akhirnya dunia akan akui yg Tun M dah nyanyok?
    Tapi di mata orang Melayu, Tun M adalah Pengkhianat Bangsa, memiliki ‘Grandiose delusion’ serta suka memperlekehkan orang lain. Akhir hidupnya akan di penuhi dgn kecaman dan cacian serta cemuhan. Bukan salah siapa, salah dirinya sendiri.

Comments are closed.