LONDON – Pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira mengesahkan pasukannya merancang untuk kembali memulakan latihan pada 18 Mei ini.
Pemain kelahiran Brazil itu turut mendedahkan United akan melakukan mengadakan lebih banyak latihan di pusat Carrington.
“Kami mengadakan pertemuan dan diberitahu bahawa jika semuanya berjalan lancar, kami akan kembali menjalani latihan pada 18 Mei dalam kelompok enam pemain.
“Sekiranya berjalan lancar, satu atau dua minggu kemudian, kita akan dapat berlatih sebagai satu kumpulan.
“Akan ada enam pemain yang akan menjalani latihan pada mulanya dan tidak akan ada banyak kontak antara kami. Kami akan tetap terpisah dan berlatih di pelbagai bahagian pusat latihan. Langkah pencegahan mesti dipatuhi dan saya belum tahu siapa yang akan menjadi anggota kumpulan saya,” kata Pereira kepada Sky Sports.
Pereira yang kini berada di bawah kontrak sehingga 2023 bersama United mengaku dirinya bersedia untuk bersaing tempat di Old Trafford.
Namun dia juga bersedia untuk mencuba pengalaman baru di luar negara.
“Musim ini untuk pertama kalinya, saya merasa seperti pemula di kelab, jadi fokus saya untuk memperkuatkan posisi saya dan bermain dengan baik.
“Saya sangat gembira sekarang tetapi sebagai pemain jika diberi peluang, saya ingin bermain untuk kelab besar yang lain. Saya sangat suka kelab seperti Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich,” katanya.
Sementara itu, ketika ini, kebanyak pasukan di United masih melaksanakan perintah berkurung di rumah di mana pemain masih mengadakan latihan bebas di kediaman masing-masing.
Tetapi sudah ada sejumlah kelab di mana pemain memulakan latihan lagi di kelab antaranya adalah pemain dari Arsenal dan Tottenham.
The Red Devils sendiri tidak mengadakan latihan namun mereka telah memanggil pemain asing mereka untuk kembali ke England. – MalaysiaGazette