KUALA LUMPUR – Seratus keluarga asnaf pelarian di Pulau Pinang diraikan Suspended Meal Ramadan Food Drive dalam satu majlis semalam.

Mereka rata-ratanya menerima bantuan keperluan asas bagi memudahkan mengharungi bulan Ramadan.

Sukarelawan Suspended Meal Norrifhan Mohsin berkata, berkata bantuan seperti ini tidak seharusnya tertumpu kepada komuniti setempat semata-mata.

Malah ia seharusnya melangkaui kaum, bangsa serta tidak tertakluk kepada rakyat negara ini yang memerlukan.

“Dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, tumpuan tidak hanya
kepada golongan penduduk tempatan sahaja.

“Kami melaksanakan tanggungjawab sosial ini tidak hanya tertumpu kepada
penduduk tempatan sebaliknya melangkau pelbagai komuniti yang memerlukan termasuklah golongan pelarian Rohingnya yang disifatkan sebagai golongan asnaf,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Program ini kata Norrifhan tertumpu kepada keluarga asnaf pelarian yang terjejas di negeri itu.

Sementara itu, seorang lagi sukarelawan, Shazanah Abdul Wahab berkata, keprihatinan masyarakat setempat sedikit sebanyak meringankan beban
golongan itu sekaligus dapat membantu kerajaan menangani isu pelarian di Malaysia.

“Inisiatif badan-badan kemanusiaan seperti ini dapat membantu masyarakat tanpa
punca pendapatan meneruskan kelangsungan hidup apabila keperluan asas menjadi isu utama pelarian di seluruh dunia termasuk negara ini apatah lagi Malaysia masih belum iktiraf konvensyen pelarian antarabangsa 1951 yang memperuntuukan larangan bekerja kepada pelarian.

“Bantuan atau inisiatif membantu masyarakat tidak seharusnya tertumpu kepada
komuniti setempat semata-mata. Ia seharusnya melangkaui kaum, bangsa serta tidak tertakluk kepada rakyat negara ini yang memerlukan sahaja,” katanya.

Dalam kalangan 100 keluarga asnaf pelarian itu, terdapat juga antara mereka yang menghidapi masalah kesihatan, ibu tunggal, pesakit kronik yang memerlukan rawatan serta ada yang lumpuh akibat kesan tembakan semasa melarikan diri ketika perang di negara asal. – MalaysiaGazette