Pasukan petugas Kesihatan Daerah Sri Petaling hari ini meneruskan proses ujian saringan dan pengambilan sampel daripada penduduk di beberapa lokasi Old Town di sini bermula 10 pagi tadi.
Terdahulu pasukan lebih 40 orang telah mengadakan perbincangan dan taklimat untuk memulakan proses saringan pada hari ini melibatkan lebih 2,900 penduduk yang dilarang keluar ekoran PKPD di beberapa lokasi antaranya Jalan Othman dan Jalan Selangor sejak 1 pagi 10 Mei lalu.