TERKINI : Tiada Kes Jangkitan Covid-19 Daripada Makanan – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan setakat ini tiada kes jangkitan Covid-19 menerusi makanan.

Ketua Pengarahnya berkata, sekiranya virus berkenaan terdapat pada makanan, ia akan mati apabila makanan tersebut dimasak.

“Saya rasa ramai yang risau isu ini, tetapi kalau adapun virus (pada makanan) ia akan mati apabila dimasak dengan suhu yang tinggi,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, tidak semua makanan perlu dijemur sebagaimana dilakukan segelintir rakyat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast