Penambahan lebih 3,500 anggota kesihatan bermula hujung bulan ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Bantuan Khas memberi kelegaan.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes positif COVID-19 hari ini mencatat 40 kes baharu, mengekalkan angka antara yang terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes import dilaporkan.

“Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,819 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,356 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 70 kes sembuh dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 5,351 kes atau 78.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Satu kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 112 kes.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast