ADUN Sidam, Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasarudin.

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam dan Lunas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi ADUN bebas, sekaligus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.

Tindakan Dr Robert Ling Kui Ee dan Azman Nasrudin jelas satu pengkhianatan kepada mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu yang sepatutnya dihormati.

Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata, tindak tanduk dan sikap yang ditunjukkan oleh mereka berdua yang sentiasa membelakangi arahan parti selama ini akhirnya diterjemahkan dengan pengkhianatan yang mereka lakukan.

Artikel berkaitan: Dua ADUN PKR keluar parti, kerajaan PH Kedah tumbang

Mukhriz ditolak kali kedua di Kedah

PKR Kedah nafi sokong Sanusi jadi MB

Perbuatan Tun M memalukan YDAP, punca PH Kedah tumbang

Mukhriz tiada ‘wow factor’

Saya masih di sini, berita ‘kematian saya’ dibesar-besarkan – Mukhriz

PKR tuntut RM10 juta dari ADUN Sidam dan Lunas – Johari

”ADUN Sidam dan ADUN Lunas telah bertanding dan mendapatkan sokongan pengundi dengan menggunakan lambang PKR sejak dua penggal yang lalu.

”Pengundi telah membuat pilihan dan memberikan mandat dengan memangkah lambang PKR,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

AMK Kedah yakin pengundi di DUN Sidam dan DUN Lunas pasti akan mengingati peristiwa hitam yang berlaku ini dan bersedia untuk menghukum mereka dalam PRU ke-15 yang akan datang, ujar beliau. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Pooodahhhhh…masa YB dan ADUN BN ramai2 masuk PH sampai kerajaan BN Sabah tumbang tak de plak ko melalak?? Tak plak ko kata mengkhianati rakyat??? Selagi sapu ko sapu semua katak2 lompat tu…ko ingat rakyat bodoh mcm ko ker??? Ko pikir rakyat lupa ka?? Peeeeeraaaahhhh mabuk!

  2. persoalan nya…adakah penyokong2 Pas akan sokong PKR untuk DUN Sidam dan Lunas tu?
    Jangan harap ler PKR boleh menang di DUN situ dalam GE15. Terima lah hakikat ini.

  3. Rakyat tak akan tersalah pilih lagi. Cukup sekali saje PH berkuasa. PRU15 DAP bungkus.

  4. SEMUA YG MENYOKONG PKR DULU DAH PATAH BALIK,SEBAB DEPA TAW PARTI PUNGKOK TU HANYA KERANA GILA PM,BUKAN UNTUK RAKYAT.JADI PADA AMK,TAK PAYAH NAK WARNING DAN HASUT ORANG,JIKA HGPA AMK NAK TERUS JILAT DAN CIUM PUNGKOK,P MAMPOS HGPA LA…RAKYAT KEDAH TAK AKAN SALAH LAGI MEMILIH SELEPAS INI..

Comments are closed.