Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya masih berfungsi seperti biasa.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan, dakwaan kerajaan Kedah tumbang hanyalah isu yang diperbesarkan oleh pihak pembangkang yang tidak senang dengan kedudukan beliau di negeri itu.

“Saya masih di sini, berita ‘kematian saya’ (kerusi Menteri Besar), isu ini hanya dibesar-besarkan,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman sebentar tadi.

Menurut Mukhriz, situasi politik di negeri itu masih terkawal dan beliau masih lagi Menteri Besar Kedah.

“Suasana politik di Kedah ini masih lagi terkawal, saya masih lagi Menteri Besar dan tidak benar wujud dakwaan mana-mana pihak bahawa kerajaan negeri sudah jatuh semalam.

“Ada beberapa proses lagi yang perlu dilaksanakan termasuk melibatkan Sultan Kedah sebelum perkara itu boleh berlaku. Selagi ia belum berlaku, maka kerajaan ini masih beroperasi seperti biasa.

“Itu sebabnya mesyuarat Exco boleh dilangsungkan hari ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata sebarang gerakan untuk membentuk kerajaan baharu perlu dibawa ke sidang DUN

“Exco telah putuskan bahawa untuk memastikan MB masih punya sokongan majoriti atau tidak, kami ingin syorkan kepada Sultan Kedah bahawa perkara ini melalui sidang DUN.

“Cara itu lebih terbuka dan pembangkang sekiranya berhasrat boleh usulkan undi tidak percaya kepada MB ataupun kerajaan boleh usulkan undi percaya,” katanya lagi.

Semalam, PN Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN termasuk daripada Bersatu.

Dua ADUN PKR masing-masing dari Lunas dan Sidam mengumumkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata, 23 ADUN terbabit adalah 15 daripada Pas, Bersatu (4), UMNO (2) dan dua bekas ADUN PKR.

Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila Pas kini menguasai 15 kerusi, PKR (5), Amanah (4), Bersatu kem Tan Sri Muhyiddin Yassin (4), Bersatu kem Tun Dr Mahathir Mohamad (2), UMNO (2) dan Bebas (2). – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Apa lagi ni. Kemas lah barang dan balik KL mrngadu pada bapak orang Kedah bili.

  2. Ini macam Nizar Perak jugak. Tapi boboi tak salah, boboi tak minat jadi MB or PM yang sibuk2 Atuk95. Atuk95 nak legasi keluarga kutty diteruskan.

  3. Ikut undang-undang tiada sokongan letak jawatan. Jangan tahu hanya suruh rakyat sahaja yang ikut undang-undang, YB-YB pun kena ikut undang-undang.

  4. sungguh kelakar,
    knp atok letak jawatan tanya seorang wartawan,
    “saya..apa nama…sudah tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan daripada ahli2 parlimen,parti saya sendiri pun dah tak percaya kat saya,jadi apa guna saya jadi pm lagi,orang dah tak percaya dan tak sokong saya,saya….apa nama…letak jawatan la,
    itulah prinsip demokrasi yang saya amalkan”,jelas atok.

    atok xajar anak ke tentang prinsip demokrasi yg diamalkannya??

  5. Berbaloi betul atuk letakkan jawatan sbg pm,, sekali atuk letak jawatan, Kerajaan pusat pun tumbang dan semua menteri pasolanya hilang jawatan,, 3 negeri dah tumbang ( perak, melaka, johor) 1 negeri terumbang ambing (kedah) hakikatnya dah sah tumbang kerana hilang majoriti dlm dun tpi disbbkan nak ikut aturan sangat Walaupun menjatuhkan maruah diri,, bukan kah berundur Cara terhormat itu lebih baik daripada org yg undurkan… terima aje lah Walaupun pahit,, bagi aje lah jawatan tu pd yg berhak, bukan kah mudah mcm tu !? Lepas ni kita perhatikan dan tunggu pulak 2 buah negeri di semenanjung, apakah dan adakah akan mengikut jejak negeri² yg telah tumbang,,,, Tungguuuuu…!!

Comments are closed.