Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Menurut pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan parti itu keluar Pakatan Harapan (PH) juga tidak dibawa ke pengetahuan MPT.

“Hari ini diisytiharkan Bersatu sudah jadi PN, UMNO kata tidak ada parti PN. Tapi Muhyiddin Yassin telah sertai PN tanpa kelulusan Majlis Tertinggi Bersatu.

Ini bertentangan dengan dasar perlembagaan parti. Nampak bersatu telah diambil alih oleh Muhyiddin Yassin tanpa perlu rujuk kepada badan berkuasa dalam Bersatu. Ini masalah yang dihadapi Bersatu,” katanya dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.