Dr. Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional tanpa restu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang berulang kali menyebut bahawa Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan kleptokrat yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, amat malang apabila individu yang bersetuju dengan matlamat Bersatu itu kini bekerjasama dengan parti yang telah dijatuhkan oleh Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berulang kali menyebut nama Najib yang disifatkan sebagai pencuri dan kleptokrat, justeru keputusan Muhyiddin membawa keluar Bersatu dari PH dan bersama-sama PN bukan sahaja tidak pernah mendapat restu parti malah beliau tidak pernah merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Hari ini diisytiharkan Bersatu sudah jadi PN, UMNO kata tidak ada parti PN. Tapi Muhyiddin Yassin telah sertai PN tanpa kelulusan Majlis Tertinggi Bersatu.

“Ini bertentangan dengan dasar perlembagaan parti. Nampak Bersatu telah diambil alih oleh Muhyiddin Yassin tanpa perlu rujuk kepada badan berkuasa dalam Bersatu.

“Ini masalah yang dihadapi Bersatu,” katanya dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini.

Dr Mahathir turut menarik perhatian mengenai kedudukan Bersatu yang menurut beliau masih sebahagian dalam gabungan PH bertentang dengan apa yang diumumkan Muhyiddin selama ini.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, tiada sebarang keputusan muktamad diputuskan MPT parti itu untuk keluar PH dan sebaliknya hanyalah diperingkat cadangan.

“Apa yang dilakukan Muhyiddin sebagai Presiden tidak melalui proses biasa (umum keluar parti), pertama MPT tidak pernah buat keputusan kepuar daripada PH

“Sepertimana kita semua tahu, dalam rakaman audio Muhyiddin beri masa satu minggu kepada kepada saya untuk buat keputusan tapi sebelum genap satu minggu dia sudah ambil tindakan tidak ada lagi dalam PH, ini bertentangan dengan perlembagaan parti.

Malah Muhyiddin juga didakwa membuat kenyataan bertentangan terhadap pemimpin UMNO semasa sama-sama menubuhkan Bersatu.

“Hari ini dia buat keputusan kerjasama dengan Najib Razak, itulah cara yang dilakukan Muhyiddin yang menyedihkan kami, dari awal kita tubuh PPBM untuk nak jatuhkan kerajaan Najib,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

11 Komen

  1. Ta habis-habis ko ni salahkan Najib,,ko dgn anak ko sama jer….nanti ko nak mampus pun ko salahkan Najib…toksa nak bagi alasan bangang dan basi lah..bosan!

  2. Siaps pencuri klephokrat. Engkau ke najib. Nanib jana pendapatan negara. Kau si tua jarah khazanah negara. Duit petyonas kau dan anak kkau jarah. Malulah sikit senyum ksu yang berkarat tu sembunyikan senuta niat busuk hati. Kau lah sebenarnys ajok segalz kletokrasi.

  3. “Nampak Bersatu telah diambil alih oleh Muhyiddin Yassin tanpa perlu rujuk kepada badan berkuasa dalam Bersatu.”

    tok wan kira tak hebat lah pak yideen. boleh overthrow tok wan..

  4. ermmm.. dia buat mcm dia tahu semua benda. klu dia kata A, org lain mesti kena setuju. sembang kari.. hari ini menang, nak sumbat najib pi sg buluh. 22 bulan hangpa buat apa? selerak.. org lain semua tak betul..

  5. Dulu mati2 ckp bekas timb PM buat salah.. punyalah panjg bicara.. siap masuk penjara lagi, akhirnya siap minta maaf .. sampai janji tolong dptkn pengampunan cerita betul ke tak Wallahu’aklam.. Yg sekarang ni masih belum habis pun kes dah dia mendahului mahkamah. Interview ckp hormat mahkamah tapi mempersoal kputusan mahkamah. Dulu dia juga yg pecat ketua hakim. Adakah diani orang yang menghormati mahkamah ataupun menperguna mahkamah untuk kepentingan tertentu. Sampai cakap tak pandai process keputusan mahkamah walhal tindak tanduk adalh sebaliknya. Salah tu hanya pada pandangan mata orang ni, pada pandangan orang ramai kesalahannya bukan salah dia.

  6. tak habis2 lagi atoq… apa stand atoq sebenarnya.nampak macam dah goyah, dah terntok baru tengadah..sesal tak sudah.. sesak di hujung nyawa..

  7. DSN tu xde apa2 pun dlm pentadbiran negara. Beliau cuma wakil rakyat dari Pekan je.. nak kata kan..beliau ni bekerjasama ngn TSMY mcm x logik..yelah.. DSN xde pun terlibat mana2 meting PN. DSN pun tidak dilantik sebagai Penasihat Ekonomi.. Begitu kuat aura DSN smpai Tun Mahathitlr anak beranak takutkan DSN…

  8. …hakikat nya ialah MAJORITI ahli dalam MPT Ppbm tu menyokong hala tuju Muhyiddin.

    Muhyiddin tu cuma bagi muka sikit kat Tun selama seminggu untuk secara resminya menyatakan hala tuju MAJORITI ahli MPT Ppbm yang bersama Muhyiddin. Tapi jika Tun cuba memaling dari keputusan MAJORITI ahli2 MPT Ppbm, maka Muhyiddin terpaksa lah bettindak mengikut hala tuju MAJORITI.

    Ini dinamakan Demokrasi…dan ini juga membuktikan bahawa Ppbm tu bukan kepunyaan Tun dan Mukhriz.
    Jadi, betul ler apa yang Muhyiddin lakukan.
    Ada paham?

  9. AMAT MALANG sekali yang tuduh MELIWAT akhirnya Berkerjasama dengan PELIWAT mungkin??

  10. Bodoh lagi bahlol. Memang geng mu dah makan kedarah dedak Najib.Najib curi duit dan tabur dedak. Aku baca sendiri komen Najib yang katanya Melayu suka jadi pengemis daripada berdikari.

Comments are closed.