Dr. Ahmad Sanusi Azmi

KUALA LUMPUR – Perbuatan membocorkan maklumat penting kerajaan adalah teman paling keji dan khianat, tegas Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Beliau menyatakan, dalam sebuah hadis, Rasulullah berdoa agar Baginda dijauhkan dari sifat khianat kerana perbuatan itu seburuk-buruk teman.

Bahkan, katanya, dalam hadis yang lain, golongan pembocor maklumat dan rahsia itu disifatkan seperti munafik yang kerap mengingkari janji.

“Sebuah televisyen swasta melaporkan mengenai satu rakaman suara mesyuarat yang dikatakan berlaku di antara bekas pemimpin-pemimpin besar negara.

“Pembocoran audio ini seharusnya dilihat sebagai satu perbuatan khianat, apatah lagi sekiranya yang melakukannya adalah seorang muslim yang mengaku diri mereka adalah amanah,” katanya menerusi Facebooknya.

Dua hari lalu, heboh di media sosial mengenai status komunikasi menerusi aplikasi Whatsap Biro Komunikasi Amanah berhubung pendedahan rakaman suara mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu.

Rakaman itu turut memperdengarkan perbincangan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan parti gabungan itu.

Menurut Dr. Ahmad Sanusi, beliau tidak dapat membayangkan, andai sesama pemerintah bersifat khianat, memperjuangkan agenda masing-masing dan tidak memikirkan perihal rakyat.

“Maka apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dari pemimpin seperti ini?,” soal beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast