Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Undang-undang Liabiliti Korporat akan kekal dikuatkuasakan 1 Jun 2020, kata Pejabat Perdana Menteri.

Ia merupakan peruntukan baharu dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pelaksanaan ini antara lain akan dapat menggalakkan organisasi komersial mengambil langkah yang bertepatan bagi memastikan tidak berlaku rasuah dalam perniagaan yang dijalankan.

“Kerajaan komited dalam usaha memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir yang baik.

“Tidak kira sama ada usaha itu dilaksanakan di peringkat jabatan kerajaan, sektor swasta mahupun dalam kalangan masyarakat sivil, usaha ini akan terus diberi keutamaan,” kata Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan.

Undang-undang ini diwujudkan berdasarkan Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) yang diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast