Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Pemimpin tertinggi pusat DAP (CEC), Ronnie Liu terus menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menjadi punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek berkata, jika Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti janji yang dibuatnya, tidak timbul masalah.

Katanya, jika Dr Mahathir tidak meletakkan jawatan dan menerima nasihat Yang di-Pertuan Agong, tidak ada masalah.

”Jika Tun tidak melucutkan seluruh Kabinet, tiada masalah.

” Jika Tun M tidak mencadang untuk menubuhkan sebuah kerajaan unity (perpaduan) tanpa PH dan mana-mana parti politik, tiada masalah.

”Akhirnya Kerajaan PH tumbang kerana rampasan kuasa oleh orang parti Tun M sendiri, termasuk anak angkatnya AA dan timbalannya Moo,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

AA dan Moo dipercayai adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak cukup dengan itu, Ronnie berkata, semua ‘katak-katak’ yang melompat parti dari UMNO kini berada dalam kem Muhyiddin.

“Padan muka Tun M,” katanya.

Tambah Ronnie, yang membatalkan akta melompat parti adalah Dr Mahathir, malah yang menolak enakmen akta anti-melompat parti juga Dr Mahathir.

Menurut beliau, jika wujudnya akta anti-lompat parti, pastinya Kerajaan PH di peringkat pusat dan negeri termasuk Johor, Melaka, Perak dan Kedah tidak akan terjatuh ke tangan kerajaan sekarang.

”Tun M lah yg menyebabkan kejatuhan Kerajaan PH dan beliau belum lagi mengaku kesilapannya dan belum meminta maaf kepada rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Dah tau dah. Tak kanlah kamu perjuang parti berjuang berpuluh thn sbg pemimpin parti politik pembangkang masih percaya seorng yg bernama sifiraun. Sapa salah sehingga kerajaan yg didiri secara sah melalui demokrsi berparliman dijatuhkan oleh pm sendiri. . Sedangkan yda pada mulanya telah memperkenan dswa sbg pm kerana mempunyai kerusi terbanyak.. Skrng terimalah akibat kerana tidak menurut nasihat tuanku.

  2. Jadinya memang sangat bodohlah MP dan ADUN Melayu /Islam yang masih mahu menyokong TUN M. Kamu semua patut berubah untuk bangsa san agama kamu dari sekarang dan mempertahankannya. Kamu semua kena berani untuk berubah dan menjadikan kedudukan wakil melayu dj parlimen teguh. Kamu tak perlu tinggalkan parti tetapi berkan sokongkan solid kepadx PN di parlimen. Jangan beri ruang padam madey. Dia penipu dan ular yanb membelit mangsa.

Comments are closed.