DUESSELDORF, Jerman – Eurowings, syarikat penerbangan tambang rendah milik Lufthansa akan mengurangkan satu pertiga kakitangan di ibu pejabatnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan Jerman itu selepas diselamatkan oleh kerajaan.

“Kami mempunyai kira-kira 1,000 kakitangan di ibu pejabat dan dari jumlah itu kita akan mengurangkan 300 orang,” kata Ketua Eksekutif Eurowings Jens Bischof pada taklimat di Duesseldorf.

Kerajaan Jerman meenyuntik sebanyak 9 bilion euro (AS$ 9.8 bilion), sekali gus memberikan Berlin hak veto.

Bischof, bagaimanapun tidak memberikan angka pengurangan pekerja di operasi lain Eurowings, yang mempunyai sekitar 4,000 kakitangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast