Kesalahan yang direkodkan adalah sama iaitu tidak memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal di tempat awam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara melakukan aktiviti ‘makan-makan’, sembilan remaja lelaki tempatan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Mereka melanggar Peraturan 7(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) apabila berkumpul di belakang Blok C, Gugusan Mawar, Jalan Camar 4/5b, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mereka yang berumur antara 20 hingga 23 tahun dikesan sedang melakukan aktiviti barbeku.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kerana kegagalan mematuhi arahan boleh dikenakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast