Penampilan Joe Biden dengan memakai penutup mulut dan hidung semasa menghadiri acara Hari Memperingati menarik perhatian Donald Trump. foto NY Times

WASHINGTON – Joe Biden, calon yang bakal menjadi pesaing bagi jawatan Presiden Amerika menyifatkan Donald Trump sebagai ‘betul-betul bodoh’ kerana tidak memakai penutup mulut dan hidung ketika menghadiri acara awam.

Katanya, kekurangan sifat kepimpinan Trump itu boleh mengancam nyawa orang ramai.

Pemakaian penutup mulut dan hidung di khalayak telah menjadi isu politik nasional dan kedua-dua calon presiden itu menggunakan pendekatan yang sangat berbeza.

Keputusan Biden untuk memakai penutup mulut dan hidung semasa menghadiri acara Hari Peringatan telah menarik perhatian Trump.

Trump kemudian retweet gambar Biden pada acara tersebut disertai dengan komen: “Ini mungkin membantu menjelaskan mengapa Trump tidak suka memakai penutup mulut dan hidung di khalayak ramai”.

Trump menolak untuk memakai menutup mulut dan hidung di hadapan kamera pada siri acara awam, termasuk semasa pada Hari Peringatan.

“Dia bodoh, bodoh mutlak untuk bercakap seperti itu. Setiap doktor terkemuka di dunia mengatakan bahawa anda harus memakai penutup mulut dan hidung di khalayak ramai,” kata Biden dalam wawancara yang dirakam CNN.

Biden menyebut tingkah laku Trump sebagai “perkara macho” dan tindakan maskulin palsu yang mengorbankan nyawa orang.

Trump pula menganggap “sangat luar biasa” apabila Biden memakai topeng pada Hari Peringatan memandangkan cuaca di luar ketika itu berada dalam baik.

Jurucakap White House, Kayleigh McEnany mengatakan Trump tidak memalukan sesiapa.

Biden muncul di khalayak pada hari Isnin lalu – kali pertama sejak beberapa minggu kerana membataskan pergerakannya di luar rumah akibat pandemik Covid-19.

Trump, yang telah memulakan semula jadual perjalanannya dalam beberapa minggu, menyindir calon presiden dari Demokrat itu kerana berkurung di dalam rumah. – MalaysiaGazette