Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Satu sidang media oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin dijadual diadakan pada pukul 4 petang ini.

Mengikut jemputan media, sidang media itu akan diadakan di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Sidang media itu dipercayai mempunyai kaitan dengan keputusan parti itu memecat keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain termasuk Datuk Ser Mukhriz Mahathir dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Turut dipecat Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Artikel berkaitan: Tun M, Mukhriz dipecat daripada Bersatu

Pemecatan itu berdasarkan tindakan Dr Mahathir dan empat yang lain yang duduk di blok pembangkang dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan sedangkan Bersatu sudah mengumumkan keluar dari gabungan parti itu.

Surat pemecatan ditandatangan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya semalam bersandarkan kepada Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Beratu di mana tindakan sedemikian menyebabkan keahlian mereka dalam parti  terhenti serta-merta.

Tun M, Mukhriz bukan dipecat tapi keluar sendiri dari parti

Bagaimanapun menjelang dua jam lagi sidang media Hamzah dilangsungkan, Dr Mahathir telah memuatnaik satu hantaran di laman sosial berserta gambar dan video menunjukkan beliau telah berada di ibu pejabat parti itu.

“Saya sekarang di Ibu Pejabat BERSATU, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Pakat-pakatlah semua ahli boikot geng Abdul ni, buat tidak nampak walaupun ada dalam pejabat, nak sangat duduk asing di kerusi parlimen, kali ini biarlah ahli pula buat dia macam orang asing, baru dia rasa langit tinggi rendah.

  2. Alahai bodohnya Si Kitol. Hal ni tak perlukan sidang media untuk umumkan pemecatan ahli. Memadai dengan surat pemakluman dari Setiausaha Kerja sahaja bagi memaklumksn tentang lucut keahkiansecara otomatik. Terang dan jelas tak perlu membela diri. Busak darjah 6 pun tahu pikir. Ini hal teknikal sahaja. Bawa ke mahkamah pun tak boleh menang. Nak gali kubur sendiri pun kena tahu ukuran juga. Supaya kalau mati orang yang hidup senang. Tanam dan timbus sahaja. Ada faham Datuk Que.

Comments are closed.