Bangunan Kementerian Sumber Manusia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun ini tidak boleh digantikan dengan tarikh lain kerana ia merupakan hari kelepasan am.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, hari kelepasan am termaktub sebagai cuti umum yang diwajibkan kepada pekerja seperti seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Justeru pekerja yang bekerja pada hari tersebut perlu dibayar gaji mengikut kadar hari kelepasan am.

“Hari Kelepasan Am ini tidak boleh digantikan oleh tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh ini hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi Hari Kelepasan Am selaras dengan peruntukan Akta 265,” kata kementerian itu menerusi kenyataan.

Terdahulu, kerajaan bersetuju sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi 2020 dipinda daripada 6 Jun kepada 8 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast