KUALA LUMPUR – Tidak tergambar perasaan geram apabila saban hari kita diperdengarkan dengan berita insiden kemalngan maut disebabkan pemandu mabuk.

Malang sekali apabila yang menjadi mangsa adalah ketua keluarga apabila manjadi korban kaki botol.

Malah lebih menyedihkan apabila pemandu mabuk yang dihadapkan ke mahkamah dengan wajah selamba mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Apakah yang seharusnya yang perlu dilakukan ke atas golongan yang tidak bertanggungjawab ini?

Presiden Parti Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramaih berkata, sesuatu yang memberikan impak besar kepada pemandu mabuk ini perlu segera dilaksanakan seandainya kerajaan benar-benar mahu mengubah perilaku mereka.

Kata Shanmugam, kejadian pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya tidak boleh dimaafkan dengan hanya membayar denda atau penjara jangka pendek.

“Umum sedia maklum ramai yang mati dek angkara pemabuk-pemabuk ini. Apakah kita boleh terima alasan diberikan oleh mereka bahawa mereka tidak sengaja atau berada bawah pengaruh alkohol?

“Yang menjadi mangsa adalah yang tidak berdosa, tidak bersalah. Yang mempunyai keluarga dan kehidupan bersama tersayang. Ingat juga, kaki-kaki minum kemudian pandu dalam keadaan mabuk terutamanya waktu lewat malam bukanlah yang hidup dalam kesusahan.

“Jika mereka-mereka ini mampu minum arak, bawa kereta kebanyakannya pandu kereta mewah, itu bermakna hukum denda itu sudah tidak relevan lagi. Mungkin sesuatu yang lebih drastik dari itu sebenarnya. Mungkin kadar denda perlu dinaikkan ke satu jumlah agar luar biasa.

“Jika anda lihat, di negara barat kesalahan seperti hukumannya lebih kepada berbakti dengan masyarakat dengan melakukan kerja-kerja komuniti selain hukuman penjara, rehab dan juga denda.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk kita juga mula mengenakan hukuman seperti melakukan khidmat masyarakat seperti mengutip sampah, membersihkan jalan, bangunan, mencuci tandas dan banyak lagi. Adegan itu juga perlu dirakam bagi tontotan umum.

“Janganlah bagi mereka ini duduk dan makan dalam penjara sahaja sebaliknya kerja-kerja komuniti. Dedahkan wajah-wajah itu kepada masyarakat umum, sekarang ini platform media sosial sememangnya popular seperti ‘live video’.

“Janganlah hanya sekadar denda jumlah tinggi kerana ada sahaja yang mampu walau apapun jumlah itu, bodoh sombong dan berlagak kerana pada mereka nyawa pun boleh dibeli seperti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kau yang teguk, kita orang yang merana

Shanmugam yang merupakan bekas pramugara berkata, di negara luar sekiranya ada insiden walaupun tidak melibatkan nyawa pesalah perlu melakukan kerja-kerja komuniti, tanpa mengira pangkat.

“Antara yang saya boleh petik ketika ini termasuklah Paris Hilton, Lindsay Lohan, Boy George dan ramai lagi. Rakyat kita perlu diberikan mesej cukup jelas, janganlah bawa ke mahkamah dengan wajah tertutup lagi.

“Dedahkan mereka. Pendedahan mereka itu juga dirasai oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Walaupun berduit dan berstatus, salah tetap salah. Yang tidak berduit tetapi memiliki nama baik dalam kalangan setempat juga akan malu.

“Perbuatan ini (kemalangan maut akibat pemandu mabuk) adalah sesuatu yang menjelikkan dan langsung tidak boleh dimaafkan jadi adakah kamu rasa dengan berikan hukuman penjara atau denda dan gantung lesen sudah cukup berkesan?

“Bayangkan keluarga mangsa, nyawa sudah tidak boleh dikembalikan. Ada juga kes-kes yang mana mangsa cedera parah dan mengakibatkan kecatatan seumur hidup?

“Apakah yang kita lakukan selain berikan kata-kata simpati manakala pelakunya pula bebas dengan kehidupan biasanya. Adakah anda boleh terima? Adakah ini satu keadilan yang kita boleh berikan keluarga mangsa? Cukuplah.

“Kerajaan perlu menjadi drastik, jangan beri muka lagi. Sesuatu yang menakutkan, memalukan dan yang penting memberi kekesalan seumur hidup kepada golongan yang melakukan kesalahan dengan sengaja ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Pemandu mabuk rempuh penghantar makanan, seret motosikal 2km

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ahli2 parlimen WAJIB menggubal undang2 untuk membenarkan orang awam memukul sehingga MATI pemandu2 mabuk ini!

    Nak tunggu apa lagi? Nak tunggu sehingga anda sendiri dilanggar sehingga MATI ke baru nak gubal?

Comments are closed.