Kemalangan maut akibat pemanduan melawan arus dipercayai pemandu mabuk.

BAGAIMANAKAH kesudahan perjuangan jalan panjang membanteras industri arak di Malaysia?

Berbincang tentang isu ini, saya cenderung menggunakan akal yang waras dan minda konstruktif membangun solusi.

Pada hemat peribadi saya, ada 3 akta (jika ada yang lain, mohon kemukakan) penting yang berkait secara terus dengan isu ini iaitu A. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Seksyen 41 & Seksyen 44)
B. Akta Kastam 1967
C. Akta Eksais 1976

Menerusi penelitian sebagai rakyat prihatin yang tiada mandat daripada siapa-siapa, benar, ketika-tiga akta ini perlu disemak dan diperketatkan. Serentak.

Peruntukan dalam S.41 & S.44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 hukumannya itu dilihat tidak setimpal dalam menghukum tertuduh, tidak kuat kesan pengajaran kepada masyarakat, dan tidak cukup membela nasib keluarga mangsa yang masih hidup. 3 elemen ini wajar dimasukkan dalam S.41 & S.44.

Hukuman sebatan, memanjangkan tempoh penjara dan hukuman mati mandatori perlu dilihat untuk dimasukkan.

S.135 (1) dalam Akta Kastam 1967 juga perlu diperketat kerana ia berkait dengan hukuman penyeludupan barangan seperti rokok dan minuman keras. Ini penting untuk menutup pintu-pintu masuk arak secara haram supaya arak tidak mudah dijumpai di pasaran.

Setakat ini, hukuman RM50 ribu kepada penyeludup sekiranya tertangkap adalah bukan apa-apa menurut saya (boleh betulkan jika saya salah). Keuntungan yang dikaut secara haram itu lebih luar biasa labanya.

Cadangan untuk memasukkan arak dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 Jadual Pertama : Larangan Import Mutlak juga amat signifikan dalam menutup terus kemasukan arak daripada negara luar ke pasaran Malaysia.

Akta Eksais 1976 berkait cukai terhadap barangan import atau dikilangkan di Malaysia termasuk minuman keras dan barangan tembakau.

Sekiranya perkara No. 8 dalam entri ini dilihat mustahil, maka menerusi Akta Eksais 1976 ini, perubahan boleh dilakukan.

Antara peruntukan yang boleh ditambah baik –

A.  Memastikan cukai terendah per 100% vol per litre untuk minuman keras bermula dengan RM500 dan bukan RM150 dalam Perintah Duti Eksais 2017
B. Mengetatkan dan pembaharuan setiap tahun terhadap lesen pengilangan, gudang simpan, dan penjualan retail arak menerusi S.20, S.25, dan S. 32 Akta Eksais 1976 adalah perlu. Sehingga kedai runcit yang mahu menjual arak itu perlu memohon lesen sah.

Secara akta, kita telah sentuh berkaitan lesen dan pengilangan, import eksport dan penyeludupan, serta hukuman terhadap pesalah langgar mati akibat arak.

Secara langsung, kementerian yang berkaitan adalah KDN, MITI, dan Kerajaan Tempatan. Juga sekalian agensi dibawahnya seliannya.

Namun saya bukan yang pertama menulis. Lebih ramai pakar undang-undang sudah nyatakan perkara ini.

Yang diperlukan sejujurnya hanya 1 sahaja – ‘POLITICAL WILL’

Hanya yang memegang punca kuasa sahaja mampu buat perubahan ini. Kerajaan PN perlu buktikan sekiranya benar memegang majoriti di Parlimen, sila dapatkan majoriti mudah untuk gubal dan pinda akta-akta berkaitan arak yang saya sebut tadi.

Ruh yang diperlihatkan membawa kerajaan ini naik adalah kesatuan untuk kebaikan Melayu dan Islam. Maka ini adalah ruang paling signifikan untuk sekalian mereka yang memegang tampuk kuasa sekarang ini melaksanakan kuasa eksekutif dan legislatif mereka. Tentunya kerajaan ini tidak mahu dilihat menunggang sentiment kaum dan agama untuk kepentingan politik semata-mata.

Mohon dipanggil dewan untuk bersidang dengan SOP penjarakan sosial atau telesidang untuk segera mendepani isu ini. Adalah canggung apabila rakyat diminta segera bekerja untuk kebaikan ekonomi negara namun tugas hakiki mentadbir dan memimpin negara kelihatan dibekukan tanpa sidang dewan. Pasca Covid19 ini juga menuntut tadbir urus kerajaan yang baru iaitu E-Government.

19.   Kerajaan ini naik tanpa sebarang janji Pilihanraya untuk dilaksanakan. Ini adalah tidak wajar kerana rakyat perlukan kayu ukur yang tangible untuk menilai prestasi semasa. Saya mencadangkan, isu membenteras arak ini kita jadikan antara tuntutan buat kerajaan. Tiada janji Pilihanraya untuk ditunaikan? Tidak apa. Kita beri tugas dan tuntutan untuk dilaksanakan.

Yang lebih merisaukan, ada yang lebih buruk daripada kesan mabuk arak; iaitu mabuk kuasa.

Oleh: AD Satiman
Ketua Angkatan Pemuda Pemudi Berjasa (ANGKASA) Johor

1 Komen

  1. Padu baii.. Setepek kt muka depa baiii… Klu x amik tindakan jugak x tau lh nk kata apa

Comments are closed.