Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap, Teluk Intan hari ini.-BERNAMA

TELUK INTAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia menimbang cadangan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penjualan arak berikutan sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan untuk membekukan lesen perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

“Bidang kuasa panduan ia termasuk dalam bidang PBT juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini.

“Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad hoc, …kerajaan harus memikirkan masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di sini, hari ini.

Zuraida berkata pada masa ini, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang meneliti beberapa perkara berkaitan isu penjualan arak yang perlu ditangani dari segi undang-undang penguatkuasaan dan hukuman yang perlu dikaji semula.

Baru-baru ini, semakin banyak berlaku kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Lebih 60 tahun merdeka…negara Islam Malaysia masih terkial-kial dgn garis panduan penjualan arak?

Comments are closed.