KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melantik lima Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang baharu.

Dalam satu kenyataan, Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelantikan itu adalah bagi tempoh dua tahun bermula 16 Mei 2020 hingga 15 Mei 2022.

Antara yang dilantik iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Keusahawanan) MEDAC, Datuk Mohammad Radhi Abd Razak; Datuk Seri Mohd Amim A. Wahab (Sektor Korporat) Mat Deris Jusoh (Koperasi); Rusdi Ibrahim (Sektor Korporat) dan Shahrul Azhar Amir (Teknikal).

Menurut Wan Junaidi, beliau mengalu-alukan pelantikan kesemua Ahli Lembaga Pengarah baharu itu dan berharap mereka akan
dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk SKM terus mencapai kecemerlangan, menyumbang pengalaman dan buah fikiran kepada pembangunan gerakan koperasi negara serta bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan. – MalaysiaGazette