TERKINI : Kelonggaran kepada Sektor Lain Jika Kes Covid19 Menurun – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada sektor lain seperti sukan dan pendidikan jika kes jangkitan Covid-19 tempatan kekal satu atau dua digit dalan tempoh seminggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan membincangkan mengenai kemungkinan itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya. “Kementerian Kesihatan (sebelum ini) risau sekiranya berlaku peningkatan kes selepas hari raya.

“Jika kita lihat hari ini, kira-kira seminggu (selepas) hari raya, melihat data, tidak ada lonjakan mendadak. Oleh itu, tidak ada kesan atau peningkatan mendadak dalam kes Covid-19,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di KKM di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast