KUALA LUMPUR – Langkah terbaharu Kementerian Wilayah Persekutuan yang membekukan permohonan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman beralkohol perlu diperluaskan ke seluruh negara.
Itu saranan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras berkuatkuasa serta-merta.
Rani Kulup atau jolokan Kipidap berkata, tindakan itu susulan komen Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa pengeluaran lesen baharu penjualan arak wajar dibekukan sehingga suatu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.
“Saya Kipidap bersama MJMM menyokong menteri yang mengambil tindakan berani melegakan seluruh masyarakat yang mana membekukan pengeluaran lesen baharu menjual arak di Wilayah Persekutuan.
“Inilah yang kita mahukan. Ayah menggesa setiap negeri di seluruh negara mengikut jejak langkah wilayah dan DBKL supaya membekukan pengeluaran lesen baharu menjual minuman beralkohol selepas ini dengan kadar segera bagi mengelak berlakunya kemalangan dan kehilangan nyawa akibat pemandu mabuk.
“Eh sekarang virus Kkrona (Covid-19) dah takda dah..hampir nak habis, kita sudah mahu menang (perang Covid-19), tiada lagi kes mati (11 hari) tapi orang mati kena langgar pemandu mabuk. Ini jadi masalah tuan tuan.
“Lepas satu virus (Covid-19), ini satu lagi virus (pemandu mabuk lagi) muncul yang mana dalam masa ini banyak orang cedera dan mati dilanggar pemandu mabuk dan patut orang Malaysia sokong penguatkuasaan beku lesen macam ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebagai menyokong tindakan Annuar dan juga DBKL yang membekukan pengeluaran lesen baharu jualan arak di ibu negara serta merta selain mendesak pihak berkuasa bertindak segera meminda akta dan undang-undang berkaitan supaya hukuman berat menyusul ke atas penjenayah mabuk yang melanyak nyawa tak berdosa di atas jalan.
Tambah beliau, penguatkuasaan dari anggota keselamatan DBKL, Polis perlu sentiasa tegas tanpa bermusim memeriksa secara kerap tempat-tempat pub dan hiburan, restoran, kedai-kedai jualan arak seperti Seven Eleven, KK Mart dan perhentian stesen minyak disebabkan ia sangat berleluasa tanpa had waktu.
Katanya sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan seperti pengantungan lesen berniaga arak, orang tetap juga mengambil arak dan undang-undang bermasalah kerana hukuman dan denda terlampau ringan tidak menakutkan pesalah yang sewenang-wenangnya melanggar mati dan boleh dijamin.
Beliau juga ditanya mengenai rasa tidak puas hati puak atau golongan pengguna minuman beralkohol yang mendakwa pembekuan atau larangan jualan satu tindakan mencabul hak asasi mereka.
Menjawab reaksi itu, Kipidap membidas pemikiran dan alasan tidak logik puak tersebut yang menyentuh hak asasi dalam soal minum arak.
“Nak cabul hak asasi macam mana, kalau dilanggar mati orang mabuk, siapa nak lindungi hak asasi orang kena langgar itu?Kenapa perlu sokong, bantu dan lindungi orang yang meminum arak dan mabuk? ini tidak betul.
“Mereka kena ada otak fikir elok mana yang baik dan sebaliknya dalam soal hak asasi manusia.Kalau kamu fikirkan orang kena langgar itu baik dan orang minum itu baik, habis itu kenapa kamu mabuk dan langgar orang sehingga parah atau maut.
“Hak asasi manusia juga perlu ambil kira nasib masa depan cucu dan cicik keluarga mangsa pemandu mabuk dan janganlah dalam membela pemandu mabuk tapi banyak manusia tak berdosa mati dilanggar.
“Saya cadangkan kepada orang mabuk, kalau nak minum, minumlah di rumah lepas itu keluar beli lagi minuman alkohol sebelum lepak minum dengan kawan di kelab malam, jadi kamu akan berdepan masalah membawa kereta.
“Adalah lebih baik meminta pemandu membimbing anda dan kerajaan perlu beri kuasa lebih kepada PDRM supaya mana-mana pengguna kenderaan yang diperiksa mabuk di atas jalan lesennya perlu digantung segera tanpa menunggu dia melakukan kesalahan melanggar orang baru hendak bertindak,” ujar beliau.
Menurut beliau hukuman penjara juga yang kini menjadi topik perbincangan rakyat dan kerajaan sendiri perlu dimaksimumkan sebaik mungkin iaitu hukuma mati, lesen digantung seumur hidup atau penjara 50 tahun atau denda RM500,000 hingga RM1 juta supaya ia disalurkan kepada waris keluarga simati,
“Polis dan JPJ juga perlu menahan di atas jalan mana-mana pemandu yang memandu dalam keadaan beralkohol dan gantung lesen memandu serta merta,” tegasnyasambil menegaskan setakat ini 18 laporan polis dibuat dan majoritinya melibatkan pemandu mabuk.
Beliau menyatakan keluhan sambil mempersoalkan kerajaan apa yang mengekang kerajaan untuk melaksanakan undang-undang tegas memandangkan negara-negara lain termasuk England tidak membenarkan rakyatnya memandu dalam keadaan mabuk dan arak pula dilarang pada waktu malam disusuli hukuman mati dan penjara seumur hidup jika ingkar undang-undang.
“Saya pelik kenapa kita teragak-agak untuk melakukan perkara baik ini. Bertindak segera dan jangan biarkan warga Marhaen turun ke jalan dan pihak hak asasi manusia tidak patut pertaankan orang buat salah berbanding mangsa,” ujar beliau. – MalaysiaGazette