KUALA LUMPUR – Letak jawatan timbalan menteri tetapi masih sokong Perikatan Nasional (PN)?
Itu isi kandungan surat tular Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, walaupun meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya tetapi beliau masih dalam kedudukan penyokong kerajaan bukan pembangkang.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri (Muhyiddin) yang telah memberi peluang kepada saya untuk berada di dalam Kabinet YAB Tan Sri.
“Saya masih kekal duduk di kerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional,” katanya berdasarkan surat yang tular.
Bagaimanapun kesahihan surat itu belum dapat dipastikan.
Terdahulu hari ini, Shahruddin mendakwa peletakan jawatan sebagai timbalan menteri dibuat kerana ijtihad politiknya yang kurang tepat ketika menyertai kerajaan PN.
“Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading sudah memilih Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14.
“Sebagai langkah awal bagi membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh perdana menteri kerajaan PN,” katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Kelua saje la dari PN, tak perlu nak berteka teki! Tak perlu nak ijtihad ijtihad.
Tiada siapa nak HAIRAN!!!
Kami tak main politik2 murahan, kami hanya MAHU KERJA!
Orang ni otak keliru dan hati celaru.
Bodoh masih menyokong atuk tua…. Yg kaya kroni3 saja… Yg menyokong terlingkup tiada berguna… Itulah atuk tua… Anak2 makin hartawan… Rakyat terlingkup… Ade atuk kesah
Tak usah la tunggu dan lihat, ijtihat pun tak berguna, tengok pihak yang mana beri kelebihan PANGKAT!
Jadilah Gentlewomen macam KATAK BAIK Sarawak yang dikatakan suka MELOMPAT KESANA SINI!
Orang ramai sedang MEMERHATI!
Kah..kah..kah..
Semua kereta pakai minyak pelincir , ada minyak mahal ada murah . Kalau murah tu slow sikit lajunya , yg mahal pula mantap pergerakan ..
PH pun takut nak berdepan rakyat yg berkali kali dikencingnya selama 22 bulan. Lebih2 lagi Melayu dan Islam yg ditindas kaw2 dapigs.
Yg pasti MP dari PAN akan direject oleh pengundi.
PKR pulak hanya di kawasan yg peratus cina/india hampir seramai Melayu.
Kawasan majoriti Melayu/Bumiputera akan menolak PH/DAP.
Warisan di Sabah pasti kena tendang jugak!
Asal mmg nak ikut Atuk tu tapi terpaksa buat pusingan U mcm Adun Johor yg lain sbb dah kena jergah dgn Sultan Johor. Kocot tolor broe.. Daulat Sultan lagi pawar dari auta Atok.
Daulat Tuanku..
Menyusahkan, knp baru skrg letak jawatan? knp tak kosongkan kerusi parliament sri gading tu terus?
Kena ada la kualiti sebagai pemimpin yg bertanggungjawab dan lepas ni Pru 15 harap jangan lah pilih dia lagi.