Datuk Shahruddin Md Salleh

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Shahruddin Salleh mengumumkan peletakan jawatan daripada Kabinet Perikatan Nasional yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman peletakan jawatan itu dibuat menerusi satu kenyataan di sini.

Shahruddin yang juga ahli Parlimen Sri Gading berkata, beliau telah membuat keputusan politik yang kurang tepat apabila menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini,

“Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Kelmarin Shahruddin dalam kenyataannya memberitahu, beliau bersedia meletakkan jawatan Timbalan Menteri demi memperkukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau merujuk kepada pentingnya ahli-ahli parti bersatu walaupun dalam kemelut kepimpinan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin yang berlaku sekarang.

Menurut Shahruddin, beliau sepatutnya memberi keutamaan kepada keputusan para pengundi yang telah memilih Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dua tahun lalu.

Katanya, sebagai langkah awal bagi membetulkan kesilapan tersebut maka beliau membuat keputusan meletakkan jawatan kerana beliau dilantik ke jawatan berkenaan oleh Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional.

“Sekian pernyataan yang saya ingin maklumkan terutama kepada pengundi-pengundi di Parlimen Sri Gading P149,” katanya. -MalaysiaGazette

 

‘Kalau perlu letak jawatan, saya buat demi Bersatu’

4 Komen

  1. Mnusia mcn ni, lpas ni pru15, jgn lg pilih mnusia mcn ni, nnnti rosakkn ngra..patut juga ltak jwtan sbb dah tua dah kubur ckp mari rmh ckp pergi…

  2. Terbaikkkk dato.. Ada maruah diri ada integrity…snggop lepas jawatan demi rakyat yg mengundi anda
    Perkuatkan parti bersama2 team TUN N GENG
    Tolak klepto dan rasuah…

Comments are closed.