Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. foto SYAFIQ AMBAK, 06 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – PKR tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Chini yang akan diadakan pada 4 Julain depan

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu diambil setelah mengambilk kira penularan Covid-19 yang masih belum ditangani sepenuhnya.

Pada masa yang sama, katanya, pihaknya turut risau tentang keselamatan dan kesihatan para pengundi walaupun prosedur operasi standard (SOP) berhubung perjalanan pilihanraya sedang dirangka.

“Maka, mengambil kira perkara-perkara di atas, KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa KEADILAN tidak akan meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Chini,” katanya dalam kenyataan hari ini

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Menurut Saifuddin, PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.

Contohnya, tambah beliau, larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti dan pihaknya masih belum maklumkan tentang prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu. – MalaysiaGazette

 

 

6 Komen

  1. Dah kita agak pun….tak payah nak beri ALASAN.
    Satu keputusan yang bijak.Berkubor tak lama lagi……

  2. Mcm2 alasan,takut dapat undi 50 org je,nanti jatuh pulak stamdard PH,takut malu lah tu

  3. PKR tak letak calun PRK Chini alasan dangkal sangat. Sebenarnya takut kalah tanpa bertanding larr tu. Sembang gegaq gempita macam meriam karbait saja, sapudin nih.. Pelir takdak…

  4. Kat belakang menyalak kuat heboh ada majoriti la pe benda la tp di depan dah sedar diri rupanya ph ni orang tak sokong da ..siilap hilang undi..lg.mana nak letak muka
    Rkyat rgk betapa kuatnya meroyan ph ni. Allah bg 2 thn je supaya pekong semua nampak…time covid ni jika ph pegang lagi tak tau la aku berapa bnyk kepentingan melayu akan di jual atas alasan ekonomi meleset dan covid..now walau musibah mcm2 tp.rakyat tenang lg kerana thu kerajaan sekarang ikhlas memerintah

Comments are closed.