Shahril Sufian Hamdan

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah mengundang pilihan raya umum (PRU), apatah lagi terkinja-kinja mahu meruntuhkan kerajaan dan melakukan perang saraf dengan permainan nombor sokongan majoriti tatkala negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Namun, jika pilihan raya umum sudah menjadi ketentuan, UMNO sedikit pun tidak gentar.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP tidak perlu menjadi penganalisis politik yang hebat untuk mendakwa Perikatan Nasional tidak mahu pilihan raya diadakan segera.

Menurutnya, dakwaan pimpinan PKR dan DAP itu sebenarnya menyerlahkan lagi agenda lompat-melompat untuk merampas kerajaan tanpa perlu PRU.

”Mereka takut nak berhadapan dengan rakyat. Berbeza dengan BN dan Pas sewaktu Kerajaan PH jatuh dengan sendirinya, Ahli-ahli Parlimen Muafakat Nasional jelas mengatakan mereka sedia ke PRU tetapi terpulang kepada kebijaksanaan SPB Yang DiPertuan Agong dan terikat kepada peruntukan Perlembagaan.

”Jangan memandai cakap bagi pihak UMNO. Kami tak mengundang pilihan raya tatkala Covid-19, tapi kalau itu ketentuannya, tahu la kami buat kerja. Bukan kami yang terkinja-kinja nak meruntuhkan kerajaan, main psywar konon ada 129 Ahli Parlimen dan sebagainya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Oleh itu, tegasnya, kalau tidak mahu PRU segera, PH diingatkan agar berfungsi pembangkang dengan memberi kritikan membina mengenai dasar kerajaan.

Mengulas kritikan Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin yang cuba menggambarkan bahawa segala pakej bantuan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dan Kabinetnya adalah hasil kutipan pendapatan kerajaan bawah PH, Shahril mendakwa PH sengaja mahu claim milleage (ambil kesempatan).

Soal Shahril, apa pendapatan yang ada di bawah Kerajaan PH selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dimansuhkan.

Sebaliknya, kata beliau, hutang kerajaan bertambah sepanjang 22 bulan termasuk hutang bon samurai.

”Macam mana YB Sim boleh kata kerajaan sekarang guna pendapatan kerajaan dulu bila data Bank Negara menunjukkan pendapatan bulan Januari dan Februari 2020 (sejurus sebelum jatuh akibat gaduh sendiri) turun berbanding Januari dan Februari 2019? Duit apa yang kamu tinggalkan?” soalnya.

Berikutan itu, katanya, jika PH takut rakyat gembira dengan bantuan kerajaan, itu masalah pembangkang.

”Siapa suruh tak tunai janji manifesto? Kalau takut nak PRU, itu hal anda. Jangan bercakap bagi pihak kami. UMNO tidak meninggi diri tetapi kami tidak gentar dengan sebarang kemungkinan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

16 Komen

  1. Apa yg ph x cakap lagi ia lah klu ph memerentah tahun depan rakyaat malasia yg lelaki bleh mengandong dan melahir kan anak…yg lain semua ph dah cakap Tp sayang nya semua hancing .org yg hilang ingatan pun x mau ph jdi kerjaan.hanya satu ph boleh….boleh belahhhhhh

  2. Kami golangan anak muda akan sentiasa menolak atau menentang ph habis habisan samaada untuk ambil balik kerajaan ataupun dlm PRU 15… Hidup PN …… Tolak PH hingga ia bekubur dari bumi Mallaysia…..

  3. Apa hasil yang PH tinggalkan, selain dari Bon hutang dan sembang Babi terbang saja…

  4. PH menang pilihan raya PRU 14, berilah PH memerintah sampai 5 tahun, kenapa nak salahkan PH, YB2 malaun dan pengkhianat yg gilakan jawatan, pangkat dan imbuhan yg membuatkan PN yg haram dan tak bermaruah memerintah skrang, kenapa tak boleh PH ambil balik hak dia. Saperti tuan punya barang berhak ambil barang yg orang curi orang

    • Pn ambil ahli kerajaan sebab kerajaan x ada pm dia letak jawatan ,x kan nk tengok kosong ,lebih elok ada pm

  5. Tengku Asmat.. Jatuh PH atas diri sendiri. Sapa suruh letak jawatan. Dah jatuh nak salahkan orang lain.. Porahhhh

  6. Sombong nampak! Masyarakat majmuk Malaysia yang undi PH – UMNO,PAS,MCA,MIC,Gerakan yang kalah! Sapa ppun tak undi MN , lagi2 “perkahwinan koboi” PN kamu.
    Bila Melayu UMNO belot Melayu awak masih nak sokong UMNO? Apa punya otak selut kamu orang ni!
    Pakai la logik skit TSMY dan PN baru 100 hari , mana mai duit tu? Klau kerajaan PN boleh menjana RM300B dalam 100 hari kita semua patut buat tugu peringatan buat TSMY setinggi Twin Tower. Melayu bahalol! Wassalam.

  7. Tengku asmat …betul ker lu tengku
    …..jgn jgn lu hanya tengkurap…lagi mau ikut ke apa dapigs punya tudingan…lu pi kawan sama lutong di penang nuuu…..

  8. Tak payah nak lari dari perkara pokok.
    Umno + pas terikut khianat bersama azmin cs & bersatu muhyidin

    Khianat tu dalam fasiq.

    Fasiq itu dalam neraka tempatnya.

    Termasuk lah ahli & penyokong pengkhianat.

  9. masih ada lagi melayu2 bengap yg ckp ph(parti haramjadah) jatuh hasil drpd rampasan kuasa,kepala bapak ko la bodoh,klau org tua nyanyok tu xletak jawatan,
    ph(parti haramjadah) jatuh ke BODOH??hanya org2 BODOH jek yg nak bagi lagi ph(parti haramjadah) perintah,sbb apa??sbb ph(parti haramjadah) hanya tahu buat hutang dan hanya tahu menjual aset2 negara,
    semoga ALLAH hancurkan ph(parti haramjadah)
    semoga ALLAH buka hati melayu2 bangang yg masih sokong komunis,
    semoga ALLAH selamatkan agama,bangsa dan negara

  10. Cracktier…dlm masa 100 hari pemerintahan Ph, apa kejayaan yg dibuat selain dari menjual aset2 negara dan menambah hutang? Kemana perginya pakar2 ekonomi PH? Dpt pemimpin pun jenis kepala penyamun. Sapa boleh sangkal bagaimana atok madey memperkayakan kroninya terutama taikun2 cina. Cuba buktikan kerajaan bn merompak harta benda negara? Apa yg dirompak?? Brp byk yg dirompak?. Dan cuba nafikan pula brp byk harta negara telah diagih2kan kpd kroni2 ph masa memerintah dulu.

Comments are closed.