KKM tidak pernah mengarahkan swab test dilakukan dari rumah ke rumah, kecuali bawah kawasan PKPD.

PUTRAJAYA – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan bermula esok namun semua orang dalam pemantauan (PUS) terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, langkah itu selaras dengan keputusan kerajaan melalui mesyuarat khas sebelum ini.

Katanya, PUS wajib mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dengan kos penginapan ditanggung sendiri jika mereka memilih menjalani kuarantin di hotel.

“Kita lihat seramai 50,000 individu dilaporkan pulang dari luar negara dan kes positif daripada sampel pertama adalah 0.1 peratus bersamaan 554 kes.

“Memandangkan kes yang rendah, lebih baik kuarantin di rumah seperti mana saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini, hari ini.

Menurut Noor Hisham lagi, PSU yang menjalani kuarantin di rumah masih perlu dipantau dari semasa ke semasa.

Pada permulaannya kata beliau, mereka menggunakan kaedah pemantauan dan kuarantin di rumah.

“Sebelum ini tiada aplikasi MySejahtera dan kini ada, jadi kita boleh gunakannya dengan lebih baik. Kita akan beri wrist band untuk dipakai dalam tempoh kuarantin itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast