KUALA LUMPUR – Tidak perlu menteri untuk menjawab kenyataan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut berhubung kritikannya mengenai pemberian bantuan tunai RM300 oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara one-off kepada orang kurang upaya (OKU).
Cukup kenyataan media Nor Miswary Ramli itu dijawab seorang rakyat marhain bagi memulang paku buah keras terhadap apa yang Pakatan Harapan (PH) lakukan kepada golongan OKU sepanjang 22 bulan menjadi kerajaan.
Razali Sahran, yang bekerja sebagai pemandu teksi, menceritakan pengalaman anaknya seorang OKU bujang kehilangan bantuan BR1M dari kerajaan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM450 apabila dihapuskan oleh PH dan digantikan skim Bantuan Sara Hidup (BSH).
“Kamu (PH) hapus BR1M bermakna kamu hapuskan bantuan untuk OKU. Aku mohon bagi pihak anak aku yang tak bekerja, yang tak tahu menulis, yang tak boleh berjalan, tetapi dia perlu makanan dan bantuan.
“Kementerian Kewangan (bawah Lim Guan Eng) hantar keputusan (jawapan) pada anak aku atas alasan, “Tidak Layak Kerana Bujang”.
“Aku luahkan di media sosial dan mendapat perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak. Selepas bekas Perdana Menteri itu melahirkan simpati, barulah menteri kesayangan PH luluskan. Itupun hanya RM100 atas kapisiti OKU,” katanya menerusi status Facebooknya, hari ini.
Sabtu lalu, Nor Miswary menerusi kenyataan media yang dipetik dari portal lidah rasmi DAP, Roketkini.com mempersoalkan, mengapa bantuan tunai one-off sebanyak RM300 itu hanya diberikan kepada 190,000 OKU sahaja, dan apakah nasib hampir 360,000 OKU lagi?
Kata beliau, adakah terdapat syarat tertentu bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tunai one-off itu?
“Kerajaan PN melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu memberi penjelasan mengapa hanya 190,000 OKU yang akan menerima bantuan tunai ini, sedangkan jumlah OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hampir 550,000 orang,” kata pegawai Hanna Yeoh itu.
Menurut Razali, DAP tidak perlu menyalak dalam kenyataan mereka, kononnya hendak menjadi pembela OKU.
“Tak payah melalaklah. Kerajaan PN sudah lantik Ras Adiba Radzi sebagai Senator untuk menyantuni masalah OKU. Zaman PH dulu mana ada nak fikir semua ini. Sibuk dengan sekolah bangsa sendiri sahaja.
“Aku sebenarnya malas layan politik selagi kau orang tidak kacau (ganggu) aku. Tapi, pagi ini aku terbaca kenyataan dari DAP mengenai bantuan one-off untuk OKU. DAP melolong mencari salah kerajaan PN.
“Semasa (PH) jadi kerajaan apa yang kamu buat? Kerajaan kamulah yang hapuskan BR1M untuk OKU dan digantikan dengan BSH. Sudah lupakah?,” tegas beliau. – MalaysiaGazette
Ko tak pyh nk myalak lh anjingz dap kafir harbi…dan satu lg aku nasihat kpd anjing2 pencacar angkat najis dap teruutama org mlyu..ckup2 lh ko jadi anjing kurat dap kafir harbi ya…22 bln apa bnda ko buat..skrg ko duk myalak pula..mmg dasar anjing lh ko puakz dap kafir harbi..
Sila muhasabah wahai DAP… cermin diri… Jgn meludah kelangit
Aku rasa dia org prihatin gak dgn oku ni, ada gak antara mereka ni yg sedang nak daftar oku .. agak aku lah.. cuma yg betul2 pasti skrg ni lau tak sebahgian besar 99.99% selain dr 100.00% , dia org kena virus hancing dgn mughallazah tu yg dah pai tahap rosak otak, ooku lah tu (olang wotak kulang upaya) ..
DAP BABI HARAM SIAL KAFIR HARBI…KIT SIANG,GUAN ENG ANAK BERANAK CELAKA,BABI2 MELAYU DAP ANAK HARAM..!!!
DAP tak payah la tunjuk baik.. taktik kotor anda ketika menjadi kerajaan sangatlah kotor..kpd kerajaan skrg berkerja lah sebaik mungkin