KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat pendedahan mengejut menerusi satu hantaran di laman Facebook bertajuk AÂ prelude to a chapter in my memoirs!
Beliau mendakwa telah dikunjungi oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang sebelum itu membuat membuat panggilan telefon beberapa kali untuk bercakap dengannya secara sulit dan peribadi.
Apandi berkata, pada peringkat awal Gopal Sri Ram telah mendesak beliau sebagai peguam negara ketika itu supaya membatalkan pembekuan akaun sebuah firma kerana peguam yang menggunakan khidmatnya perlu dbayar dan akaun tersebut digunakan untuk melunaskan bayaran.
Bagaimanapun selepas berunding dengan para pegawai di bahagian jenayah, Apandi telah menulis kepada Gopal Sri Ram dengan respon negatif.
Menyambung pendedahannya, Apandi berkata, Gopal Sri Ram datang ke rumahnya bersama seorang peguam muda berbangsa Cina pada Januari 2018.
Sebaik sahaja duduk beliau bercakap panjang lebar tentang respon negatif berkaitan permohonan pembatalan pembekuan akaun itu dan Apandi menegaskan keputusan tersebut dibuat setelah meneliti secara mendalam dan dibincangkan di dalam kamar.
Gopal Sri Ram secara tiba-tiba berkata, perkara itu hanyala alasan untuk bertemu Apandi dan beliau mempunyai agenda lebih besar.
“Tun M hantar saya untuk bertemu anda.
“Dia mahu anda menangkap Najib di pejabatnya, anda pergi pukul 2 petang, kami telah mengaturkan polis di Putrajaya untuk melakukan apa yang perlu mengikut arahan anda. Kami juga telah mengatur seorang majistret untuk mengeluarkan perintah reman apabila dia (najib) dihadapkan di hadapannya.
“Sahabat, anda akan menjadi hero di mata rakyat, dan anda akan menjadi peguam negara pertama menangkap perdana menteri
“Jangan bimbang, kami telah mengatur rancangan, apa yang saya perlu sekrang untuk anda bersetuju,” katanya.
Apandi berkata, beliau kemudian bertanya Gopal Sri Ram, atas alasan apakah dia (Najib) sepatutnya ditangkap
Gopal Sri Ram berkata, orang di luar sana kecewa dan tidak gembira dan hakikat seorang peguam negara telah menangkap Najib, tidak memerlukan sebarang alasan membuatkan mereka gembira.
Menurut Apandi, Gopal Sri Ram mendesak dan mahu jawapan segera.
“Saya memberitahu Gopal saya akan memikirkan perkara tersebut. Beliau kemudiannya beredar bersama peguam muda berbangsa Cina yang dibawa bersama,” katanya.
Ketika itu, saya dan keluarga saya juga ‘diserang’ di media sosial bukan sahaja dari pembangkang malah tentera siber kerajaan sekarang.
“Tidak ada sebab untuk saya menyelamatkan sesiapa sedangkan saya sendiri adalah ‘musuh semua orang’,” katanya.
Mengakhiri catatannya, Apandi berkata, Gopal boleh menafikan pendedahan ini tetapi dalam masa yang sama mengingatkan bahawa ketika itu beliau adalah peguam negara dan kediamannya dilengkapi CCTV ( satu daripadanya khusus untuk ruang tamu} begitu juga pengawal peribadi dan pegawai polis yang menjaga pondok kawalan di hadapan rumahnya.
“CCTV tidak berbohong dan saya juga mempunyai saksi,” katanya. – MalaysiaGazette
Jeng jengggg.. Kantoi sudah..
Gopal & Medey boleh saman Apandi kalau fitnah…kalau ada telor laaa…kalau betul lah…Medey ni mmh setan berwajah manusia laa
Modus operandi madey dari dulu dan sampai bila2. Untuk menegakkan keadilan madey MESTI diseret ke bilik perhakiman.
Ini kerja nya ug sbnar..sumbat je anjing tua dlm pjara n anjing2 suruhn skli..anjing3 mcn ni lah ngra mjadi rosak..jgn simpan anjing2 mcn ni dlm ngra kita…
wow that exciting…. let see what Gopal has to say.
Also respond from Atuk95 plus Bar Council
BAR Council have been the barking DOG for the PKR DAP and Atok since 1998.
GS Ram is their GRIM Reaper. And
ATOK as the DEWA tertinggi
They will deny everything…
bermula lah Al-kisah….Ayipppp… 🙂
This old man is so terrible. He has tentacles all over the place. He has cable in the police force, attorney-general and MACC. Now it is becoming clear that DSN was toppled through a conspiracy done by PH & the Sarawak Report. It seems, everyone should have been paid handsomely by the old and his cronies to make the plan a success. May God save Malaysia from the evil leaders of PH.
We have to question the sincerity of the Bar Council, Ambiga, BERSIH and all other NGOs that supports PH. I also want to know what happened to the so-called “Pejuang Membasmi Rasuah”. For very long, I don’t hear from Wan Azizah, Nurul Izzah, Tony Puah, Rafizi Ramli, Maria Chin and others. Perhaps, they are hibernating in a cave (atau sudah masuk gua). It is true that they say ” At the end, the Truth will prevail”Benar kata orang bahawa “Suatu hari nanti, kebenaran akan pasti muncul seperti Fajar” For the time being, sit down and lean back and enjoy the show. Am I forgetting anything here? oh the “pop-corns”.