Tumpahan minyak di kawasan artik kini semakin meluas. foto Agensi

MOSCOW – Minyak diesel tumpah di Kutub Utara Rusia mencemarkan tasik air tawar yang besar dan berisiko tersebar ke Lautan Artik, kata seorang pegawai kanan Rusia.

Pasukan kecemasan sedang bertungkus-lumus menahan mengekang tumpahan minyak itu tersebar yang kini mengalir kira-kira 20km ke utara Norilsk.

Ini adalah kemalangan terburuk seumpamanya pada zaman moden di wilayah Artik Rusia, kata pakar alam sekitar.

Minyak dikatakan mula bocor pada 29 Mei lalu dan setakat ini kira-kira 21,000 tan telah mencemari sungai Ambarnaya dan sekitarnya.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan keadaan darurat pada minggu lalu selepas 21,000 tan diesel terbocor daripada tadahan minyak yang roboh pada 29 Mei di luar Norilsk.

Tumpahan mencemari sebahagian besar sungai, mencetuskan usaha pembersihan besar-besaran.

Loji jana kuasa tersebut dikendalikan oleh anak syarikat Norilsk Nickel, pengeluar nikel dan paladium terkemuka di dunia.

Penyiasat percaya tangki simpanan berhampiran Norilsk tenggelam akibat pencairan permafrost (tanah lapisan atas yang sentiasa beku di kawasan Artik).

Kutub Utara telah berminggu-minggu mengalami cuaca panas yang luar biasa, mungkin merupakan gejala pemanasan global.

Tasik Pyasino berfungsi sebagai lembangan untuk sungai Pyasina, yang mengalir ke Laut Kara, sebahagian dari Lautan Artik.

Dari bulan Oktober hingga bulan Jun, sungai itu biasanya berais.

“Bahan bakar telah masuk ke Tasik Pyasino,” kata Alexander Uss, Gabenor Krasnoyarsk.

Tasik itu adalah sumber alam yang sangat indah sepanjang kira-kira 70km. Secara semula jadi, ia mempunyai ikan dan biosfer yang baik. – MalaysiaGazette