Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.
Gambar hiasan

MOSCOW – Rusia merancang menghasilkan vaksin koronavirus pada September ini selepas ia menerima kelulusan klinikal pada Ogos lalu.

Kini ujian klinikal sedang dilakukan ke atas sukarelawan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tatyana Golikova yang dipetik agensi berita, TASS.

Pada Mei lalu, Pengarah Pusat penyelidikan Epidemilogi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya, Alexander Ginzburg mengumumkan institut itu telah membangunkan vaksin yang tidak mempunyai kesan sampingan.

Para saintis di institut itu telah melakukan ujian vaksin itu ke atas haiwan dan kemudian terhadap diri mereka sendiri, katanya.

Satu kajian mengenai vaksin itu masih belum diterbitkan, dan tiada pengesahan mengneai kenyataan yang dilakukan oleh saintis atau anggota kerajaan.

Pada kebiasaannya pengeluaran vaksin mengambil masa selama beberapa tahun atau lebih lama daripada itu, lapor agensi berita, dpa.

Kini tentera Rusia sedang menguji vaksin itu ke atas 50 anggotanya secara sukarela di sebuah kemudahan penyelidikan tentera di wilayah Moscow.

Ujian tersebut dijangka selepas pada akhir Julai.

Tujuh institut penyelidikan di Rusia kini sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin Covid-19. Tiga projek dilihat memberangsangkan, menurut Golikova.

Sebelum ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin menggesa vaksin yang akan digunakan dalam negera dibangunkan secepat mungkin.

Pejabat Perangkaan Kerajaan Rusia mengumumkan bahawa 2,712 orang telah meninggal dunia akabat virus itu pada April lalu. Ia merupakan 2.6 peratus daripada jumlah mereka yang dijangkiti virus tersebut – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast