KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mencadangkan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang tidak mempunyai akar umbi dibubarkan dan menyertai UMNO seperti Semangat 46 dahulu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ini kerana untuk menjadi dominan parti mesti berasaskan kepada kekuatan akar umbi.
Persoalannya, adakah Bersatu layak menjadi dominan jika di Mersing hanya ada lima cawangan sahaja.
Menurutnya, UMNO bersikap realistik apabila kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu dan tidak menggunakan ‘galah sejengkal untuk mengait dan menjolok buah’.
”UMNO bermula dari grassroot (akar umbi) untuk bangkit semula sehingga menang 5-0 dalam semua PRK (Pilihan Raya Kecil),” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang meminta UMNO supaya sedia berkorban supaya Perikatan Nasional (PN) lebih stabil.
”Saya ingin bertanya soalan mudah kepada Wan Saiful. Pengorbanan bagaimana yang UMNO perlu lakukan di bahagian-bahagian untuk Bersatu?
”Apakah keputusan UMNO meminjamkan Ahli Parlimennya untuk membentuk kerajaan PN sehingga PRU Ke-15 bukan satu pengorbanan?,” soalnya.
Kata Puad, pada PRU Ke-14, Bersatu hanya menang 13 kerusi berbanding UMNO sebanyak 54 kerusi.
Bersatu tinggal 12 kerusi apabila kalah teruk di PRK Tanjong Piai dan hilang lagi 5 kerusi, apabila keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain terlucut.
”Tetapi PPBM masih bernyawa kerana jawatan Perdana Menteri dan penyertaan MP-MP yang melompat dari UMNO, PKR dan Bebas.
“Maka apa salahnya PPBM yang berkorban dengan menyertai Muafakat Nasional tanpa syarat. Atau bubar sahaja PPBM yang tidak ada grassroots dan masuk UMNO seperti Semangat 46 dulu,” tambahnya.
Tegas Puas, Bersatu tidak boleh menjadi parti dominan jika bergantung kepada kaedah membeli dan menawarkan jawatan kepada orang lain.
Ia akan menjadi parti yang rapuh dan sentiasa berkonflik dan UMNO serta parti-parti lain terpalit dengan senario seperti itu, sekali gus melemahkan PN.
Itu yang berlaku di Johor, Melaka dan Kedah dan Bersatu hanya tinggal seorang Menteri Besar iaitu di Perak atas pengorbanan UMNO yang ada 25 ADUN.
TeItulah kekuatan BN. Kesaksamaan tidak cukup untuk menjadikan Perikatan Nasional lebih baik daripada BN seperti dakwa Wan Saiful.
Ini kerana, Barisan Nasional idup hingga ke hari ini walaupun tinggal 42 kerusi kerana empat prinsip utama iaitu konsensus, moderation (kesederhanaan), kesaksamaan dan trust (amanah).
”Justeru pesanan saya pada Wan Saiful, jangan cuba menjadi dominan dengan menggunakan galah untuk mengait dan menjolok buah.
”Berkorban, berkorban juga tapi jangan korbankan kawan,” katanya. – MalaysiaGazette
Insyallah bu ar umno
Termeloh -6 caw bersatu,Maran 10 caw bersatu(xdpt mesyurat agung) dengarcakap cerita
Tak kan semudah itu utk umno menerima Bersatu didalam. gagasan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU 15 nanti.Ini bukan soal penyatuan Melayu _-Islam saperti yg dihebohkan tapi realitinya Pbbm tidak mempunyai apa apa lojistik dan kekuatan malah selebihnya lahir dari pengkhianatan dan dendam peribadi terhadap umno.Sekarang ada cerita2 saperti bertanding dibawah satu logo PN dan ini tidak lah semudah itu kpd 3.6 juta ahli akar umbi umno utk menerimanya.Kita tak tak pikir pinpinan umno begitu naive skali untuk bersetuju.
Bersatu…masuk parit la
Beginiilah bila busuk bertemu busuk atau jahat bertemu jahat bak kata pepatah buku bertemu ruas. Rampas kuasa kerana gila kuasa dan terdesak kuasa menyebabkan berebut kerusi untuk kepentingan tembolok diri. Tuhan tahu perut busuk mu wahai perikatan Neraka.