Eric Paulsen didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berhubung dakwaan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme setiap Jumaat,  di dalam Twitter miliknya.
Eric Paulsen

KUALA LUMPUR – Peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam kenyataan ringkasnya berkata, ketiadaan Eric tidak akan menjejaskan fungsi MPKM yang ditubuhkan pada 9 Jun lalu.

Sebaliknya, MPKM akan terus berperanan membincang dan menasihati Kementerian dalam pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia selaras dengan matlamat KKMM.

Artikel berkaitan: Apa rasional pelantikan Eric Paulsen?

Pemuda Pas desak Eric Paulsen disingkir segera

Lantik Eric Paulsen, Saifuddin perlekeh kredibiliti MPKM

Tarik balik pelantikan Eric Paulsen dalam MPKM

Pelantikan Eric sebelum ini menimbulkan persoalan dalam kalangan banyak pihak termasuk UMNO dan Pas kerana peguam dan aktivis itu sering mengeluarkan kenyataan ekstrim dan menghina Islam.

Lantaran itu, menurut mereka Eric tidak patut menjadi pilihan menganggotai MPKM, lagipun ramai lagi tokoh atau aktivis Hak Asasi Manusia yang memahami batasan kebebasan bersuara dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan agama lebih layak untuk menjadi ahli majlis itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bila agaknya Eric Paulsen ni nak pergi ke China untuk MEMBELA orang2 Urghur yang didakwa telah bertahun ditindas oleh parti komunis China? Dikatakan banyak juga masjid2 yang telah dirobohkan!

    Kaum Urghur juga punyak hak asasi untuk bebas mengamalkan budaya, ugama dan adat resam mereka disana!

Comments are closed.