Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan yang dipercayai melibatkan ketirisan mencecah RM3.1 juta, dua tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Segamat menahan seorang penolong pegawai hal ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hari ini kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM130,000.

Wanita berusia 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira pukul 3 petang tadi bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, siasatan mendapati suspek meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa orang kontraktor sebagai balasan kerana mendapatkan kerja-kerja bekalan di JAINJ.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.- BERNAMA