Komisioner Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Siasatan ke atas Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan peguam Siti Kassim dibuat berikutan kenyataan mereka yang dimuatnaik di laman sosial mempunyai kecenderungan menghasut dan mengapikan mana-mana golongan dan menganggu-gugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamad berkata, siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5).

Pada 11 Mac lalu satu siasatan telah dimulakan ke atas hantaran yang ditularkan akaun Facebook Hannah Yeoh.

Kenyatan tersebut: “Memandangkan Timbalan Menteri KPWKM adalah dari Pas, maka perkahwinan dengan kanak-kanak perempuan bawah umur (bagi menghalalkan seks dengan kanak-kanak) akan berleluasaa selepas ini. Ini adalah penyakit Orang Islam di negara ini tidak bertamadun”.

Menurut Huzir, siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana kecenderungan menghasut, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mempunyai niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Turut diklasifikasikan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau berkata, Hannah Yeoh akan dipanggil untuk direkodkan percakapannya bagi menjelaskan tentang kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni itu.

Dalam satu lagi perkembangan siasatan sama, seorang lagi pemilik akaun Facebook bernama Siti Kassim yang memuat naik posting kenyataan bertajuk Pis Way of dealing with a Problem pada 27 Mei lalu.

Sementara itu, katanya, satu siasatan juga telah dimulakan ke atas Siti Kassim kerana mengeluarkan kenyataan yang sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

“Kenyataan pemilik akaun bernama Siti Kassim adalah berbunyi “…You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Thafiz Schools too for causing much damage to our innocent children. Get it pis?”.

“Siasatan berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 AKMM 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Setakat ini sejumlah 113 laporan pols telah dibuat di seluruh negara berkaitan isu ini dan pemilik akaun FB Siti Kassim akan dipanggil untuk direkodkan keterangan bagi menjelaskan kenyataan yang dibuat kerana ia sengaja mengaibkan dengan niat membangktkan pecah keamanan..siasatan masih diteruskan,” ujarnya.

Huzir menggesa orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau berita yang mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh mendatangkan suasana tidak harmoni,perpecahan, perasaan permusuhan dan boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

“Tiada sesiapapun akan terlepas dari sebarang tindakan sekiranya didapati dengan melanggar apa jua undang-undang negara,” tegasnya.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Apa hak dia nak menentu kan apa betul apa tak betul bg penganut agama islam. Sedangknan dia nampak tak faham agama islam dalam erti sebenar. lebih pd persepsi .mencampuri dan mempunyai niat jahat memberi imej jjahat dan tak baik kepada kepada org islam di negara ini secara terang terangan…moga polis cukup bukti dakwa minah ni..

  2. Patutnya Tun M tu kena skali . Politik yg dia bwk skrg ni politik yg memecahbelahkan rakyat ..

  3. “Memandangkan Timbalan Menteri KPWKM adalah dari Pas, maka perkahwinan dengan kanak-kanak perempuan bawah umur (bagi menghalalkan seks dengan kanak-kanak) akan berleluasaa selepas ini. Ini adalah penyakit Orang Islam di negara ini tidak bertamadun”.

    Statement MENGHASUT dan MENGHINA yang sangat MERBAHAYA! Boleh mencetuskan ketegangan!

Comments are closed.