LONDON – Lewis Hamilton akan memiliki kenderaan Formula 1 yang terpantas apabila perlumbaan F1 Grand Prix Austria diteruskan pada 3 dan 4 Julai ini.
Dijangkakan enjin permotoran kereta F1 Mercedes yang dimiliki Hamilton akan dilengkapi dengan bahagian yang dinaik taraf.
Hamilton tidak memandu sejak awal tahun 2020 selepas sesi ujian pada Februari lalu sebelum musim F1 digantung akibat Covid-19.
Bagaimanapun kini Pengarah Teknikal Mercedes, James Allison berkata, mereka fokus dalam membangunkan reka bentuk enjin pada Januari, Februari da Mac lalu pada enjin Mercedes.
“Kita mempunyai banyak idea dan bagaimanana hendak memastikan Enjin F1 Mercedes lagi pantas.
“Kami menjangkakannya pada perlumbaan pertama nanti,” katanya.
Semua pasukan F1 kini kembali ke sesi latihan dan persiapan enjin masing-masing menjelang permulaan musim pada 3 dan 4 Julai ini.
Allision berkata enjin baharu versi 2020 yang diperkenalkan pada Februari lalu telah dipasang pada Krismas Disember 2019 dengan beberapa ciri penambahbaikan pada bahagian tertentu dalam enjin tersebut.- MalaysiaGazette