KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman yang panjang menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan tersebut.
Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau diwajibkan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.
“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” katanya ketika bersiaran langsung di laman Facebook malam ini.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau dan PKR telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Dr Mahathir sebelum ini selain merundingkan pelbagai perkara dengan bekas perdana menteri itu.
Pengalaman tersebut, katanya, menyebabkan beliau curiga apabila diminta sekali lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada Dr Mahathir yang dikatakan boleh mendapat jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.
Beliau juga mendedahkan perasaan curiga itu turut menghantui rakan-rakan dalam Pakatan Harapan apabila mereka mengusulkan pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi maka ahli-ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.
Anwar berkata, isu jawatan perdana menteri itu turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan rakan-rakan di Sarawak di mana beliau diundang ke bumi kenyalang Selasa lalu.
“Kawan-kawan kata kalau tak cukup, boleh tak kita beri pilihan kedua kepada Tun Mahathir kerana Tun Mahathir dalam mesyuarat berulang kali minta jadi perdana menteri.
“Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta jadi perdana menteri setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) dia setuju enam bulan.
“Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal ini,” katanya.
Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan ‘perang kenyataan’ di media sosial dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH termasuk Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Khalid Samad mengenainya pencalonan beliau sebagai perdana menteri.
Katanya, dalam mesyuarat yang beliau sendiri pengerusikan, kesemua pemimpin bersetuju namanya dicalonkan sebagai perdana menteri malah menurut Anwar persetujuan itu dilafazkan dan didengar sendiri oleh beliau.
“Ini keputusan dan kami minta Tun bersetuju, tetapi Tun tidak bersetuju dan perkara ini kita hujahkan. Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi perdana menteri bagilah orang lain ikut giliran,” katanya sambil menambah di sebalik segala hujah Dr Mahathir tetap berkeras.
Menurut Anwar, beliau percaya jika Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri untuk tempoh enam bulan, keadaan tidak akan berubah dan berbalik semula kepada soal ini dasar Mahathir dan itu dasar Anwar sehingga boleh menggagalkan hasratnya untuk memperjuangkan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Beliau juga menafikan Dr Mahathir telah mempunyai angka atau sokongan mencukupi sebaliknya cakap-cakap mengenai ‘cukup jumlah’ itu hanyalah teori dan beliau diminta untuk bersandarkan kepada kepercayaan tersebut sebelum diangkat menjadi perdana menteri.
“Kawan-kawan kata, Anwar kami mahu kamu jadi perdana menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan (kepada Tun Mahathir), baru saudara diangkat,” katanya
Anwar juga menepis tuduhan bahwa beliau dan PKR merupakan pengkhianat apabila menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan jika PH memerintah kelak.
Katanya, apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat di mana beliau hanya mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menuntut supaya mandat rakyat dikembalikan.
Beliau juga percaya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi biar pun untuk tempoh enam bulan perkara-perkara seperti rasuah, kronisme dan mengkayakan golongan tertentu tidak akan dapat dihapuskan.
“Khianat ini tidak timbul, orang yang bagi kipas kepada pengkhianat itulah pengkhianat,” katanya mengungkit semula Langkah Sheraton yang menurutnya bukan bermula seminggu dua sebaliknya telah diatur dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan sehingga tersungkurnya kerajaan PH. – MalaysiaGazette
Anwar… Sudah tertulis bahwa anda akan jadi pm tepi selamanya
Nuar dan Mamakutty berhak merancang sehingga ke akhir hayat seolah-olah jawatan pee em tu hak depa punya sampai lupa ada faktor-faktor lain yang perlu untuk sampai ke matlamat.
1. Dalam negara ini depa dan parti depa kena menang majoriti – “First past the post”. Kalau ada nasib maka jadilah pee em.
2. Paling utama jangan lupa perancangan Allah!
Hg cakap lah mandat rakyat ke , demi rakyat ke , sebenar nya tipu rakyat , madet pun sama , penipu , dua dua orang hangpa ni kalau tk munagik pun dh dekat sangat dgn sifat tu , minta satu kat hangpa dua org ni jgn sentuh ayat kata rakyat boleh, dah meluat amat dgn hangpa dua ni .
gila.. derita apa? derita sebab x boleh jadi perdana menteri? awat kemaruk sangat ni! mampuih depa ni..
perkataan selamanya tu boleh membawa kekufuran kerana tiada siapa mengetahui hal masa depan melainkan Allah
Hihi..ikut ramaln sy..anwar tak akn jadi pm..sbb melalaui permehatian sy..mmg sukar utk anwar jadi pm, selagi anwar bersama DAP n PAN..kcuali anwar msuk BN , besar kemukinan utk jadi pm tu ada..sbb DAP n PAN 70% to 80% org melayu tolak anwar..so fikirz lh..
Derita? Ya Rabbi.. kemaruk betoi Bg Non ngan jawatan PM. Baru terungkai isi hati Bang Non. Mmg kami tak bagi aih pada org yg meminta minta jawatan..
Sokong mat sabu jd PM ke 9…kikiki
Abam Non jgn “seriau” kes PM ni. Ular penuh tenaga patuk hingga lebam bijimata, setelah tenaganya mengesut-ngesut sekali lagi dipatuknya hingga lebam pungkoq kini ULAR tu dah Tak bergigi dan tak boleh patuk lagi kecuali Abam Non serah “tengkuk” untuk dililit dan mematahkan “jiwaraga” maka hantarlah tengkuk itu.
Nak tanya Hatok Der ada buat kenyataan Abam Non tak nak jadi PM sebab tidak menyokongnya duduk kuasa PM kali ketiga kemudian baru serah kerusi tersebut, sebab MP tak cukup sokong Abam Non betoi ka?
Kalau Abam Non tak sokong Hatok Der adakah dia cukup MP untuk jadi PM atau memang Hatok Der ni kaki kepala semua kencing? Atau dia tidak mahu orang lain jadi PM semasa mata dan jiwanya masih bersetan? Cuba Abam Non meeting semula suruh boboy jadi PM tengok apa kata Hatok Der? Mungkin dia juga suruh Abam Non jadi TPM juga kot…. eyelahhhh kan kan kan?
Depa berdua ni dah takda kerja lain ..asyik nak bertekak politik! Dah naik mual.. Apa yang perasan sangat tu? Ada duit cukup ke hujung nyawa,dah dah le, wei..rumah kata berambus, kubur menganga menanti..
apa nak derita,,,kerusi PM Tjg Rambutan @ Tampoi sedia diisi utk Mahathir dan Anwar…LEBIH bagus dan kekal hingga kiamat jadi PM LIANG LAHAD…baru AMAN negara ini dari orang GILA NAFSU.
….bagi org yg tak boleh kentut…..
….adalah derita bagi yg normal….
…….utk “bakal” pm ni….derita kentut…memang takde…
….kerana….
……tak dapat kentut tiada dlm kamus biologinya..
……derita kentut tak sama….
…derita tak jadi pm tak sma dng derita kentut….
….adihhhhh….
Bertabahlah atas dorongan perjuangan dan keadilan utk rakyat. Pejuang kebenaran akan dimenangkan Allah diakhirat.
Dunia penuh dgn tipu daya dan mangsanya adalah rakuat.
Ya Allah!..majoriti xmau pn ko jd PM..paham ka tak?