bank
Peminjam-peminjam yang memerlukan kemudahan penyusunan dan penjadualan semula pinjaman mereka diingatkan supaya berbincang dengan institusi kewangan masing-masing- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Peminjam-peminjam yang memerlukan kemudahan penyusunan dan penjadualan semula pinjaman mereka diingatkan supaya berbincang dengan institusi kewangan masing-masing.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz memberi peringatan itu memandangkan tempoh moratorium dijangka berakhir pada 30 September 2020.

”Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan peminjam bahawa tempoh moratorium ini akan berakhir pada 30 September 2020.

”Bagi mereka yang mungkin memerlukan kemudahan penyusunan dan penjadualan semula selepas 30 September, peminjam dinasihatkan untuk berbincang dengan institusi kewangan masing-masing,” katanya sambil menasihatkan peminjam jangan menunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbuat demikian.

Artikel berkaitan:Mohon moratorium dilanjutkan, PKS masih belum mampu bayar hutang

Lanjutkan moratorium hingga Disember, kata Gerakan

Tengku Zafrul menambah, moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan bermula pada 1 April lalu dan setakat 19 Jun 2020, nilai moratorium tersebut dianggarkan berjumlah RM43.7 bilion.

Dari angka itu, sebanyak RM15.3 bilion adalah jumlah yang dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala jumlah yang dimanfaatkan oleh rakyat bernilai RM28.4 bilion.

Sebelum ini beberapa pihak meminta kerajaan melanjutkan tempoh moratorium dengan alasan sektor perniagaan baharu sahaja dibuka semula sepenuhnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Cadangan lanjutan itu turut didorong oleh kadar pengangguran yang tinggi, menyukarkan individu dan perniagaan yang terlibat membayar pinjaman masing-masing.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast