Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Pertikaman lidah antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak berterusan dan semakin panas.

Hanya beberapa jam selepas Dr. Mahathir membuat kenyataan bertajuk ‘Stealing Chickens’ pada akaun Twitternya, Najib menyangkal dakwaan itu dalam laman Facebook dengan tajuk ‘Menjawab Stealing Chickens’.

Dalam status Stealing Chickens Dr. Mahathir mendakwa Najib marah mengenai kenyataannya mengenai pembebasan Riza Aziz yang merupakan tindakan yang salah.

Selain itu, belai kekal mendakwa Najib mencuri wang 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sebanyak AS$248 juta dan memulangkan AS$107.3 juta serta mempunyai AS$140 juta untuk dinikmati.

Dalam ciapannya, Dr. Mahathir menuduh Najib mencuri duit 1MDB sebanyak AS$248 juta dan jumlah yang sama perlu dipulangkan.

Sehubungan itu, beliau membuat perumpamaan ia seperti mencuri 10 ekor ayam dan mesti dipulangkan dengan 10 ekor ayam kepada pemiliknya dan dengan memulangkan hanya seekor ayam bermakna pemiliknya kehilangan sembilan ekor ayam yang dicuri oleh pencuri.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri keempat itu turut mempersoalkan kenyataan Najib bahwa beliau telah memberi kontrak kerajaan kepada anaknya ketika menjawat jawatan Perdana Menteri.

Menurut Dr. mahathir, beliau tidak membenarkan anak-anaknya melakukan perniagaan di Malaysia dan hanya apabila setelah melepaskan jawatan mereka melakukan perniagaan di negara ini.

Malah Dr. Mahathir mencabar Najib membuktikan dakwaannya itu menerusi dokumen selain menjelaskan urus niaga yang membabitkan kroni ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri untuk kali kedua.

Najib Razak

Berikutan cabaran itu, Najib mengajukan pertaanyaan bahawa  Mirzan mewujudkan Konsortium Perkapalan pada 1990an yang memerlukan bantuan Petronas menerusi MISC untuk menyelamatkan syarikat itu ketika krisis ekonomi 1998.

“Tidakkah MISC dan Petronas melaporkan kepada anda ketika anda menjadi Perdana Menteri ketika itu?

“Tidakkah Mirzan anak anda pada tahun 1996 dan anda adalah PM (Perdana Menteri) ketika itu apabila adik Vincent Tan, Danny Tan menjual Diperdana Corp kepada Mirzan hanya selepas dua tahun beliau membeli syarikat itu?

“Adakah Mohzani anak anda pada 1997 dan dimanakah anda ketika menjadi PM pada 1997 apabika dia menjadi pemegang saham terbesar kumpulan Hospital Pantai selepas membelinya daripada Kumpulan Berjaya yang dikuasai Vincent tan?

Menurut Najib selepas itu, konsesi Fomena dan kontrak pembekalan hospital kerajaan diberikan kepada kumpulan tersebut ketika Dr. mahathir masih lagi menjadi PM.

Menurut Najib, Dr Mahathir juga masih menjadi PM ketika Mokhzani menubuhkan Kumpulan Kencana setahun sebelum ia dianugerahkan lesen pembuatan utama oleh Petronas pada 2002.

Kencana Petroleum merupakan salah sebuah daripada tujuh syarikat yang diberi lesen ketika itu.

“Adakah anda PM Malaysia pada 2002 dan adakah anda Penasihat Petronas malah selepas anda meletak jawatan sebagai PM pada 2003 hingga 12 tahun kemudian ketika anak anda menjana berbilion (ringgit) melakukan perniagaan dengan Petronas?

“Adakah anda juga PM pada 2003 yang mana anak anda Mukhriz memilik Opcom dan syarikat itu dianugerahkan secara terus kontrak tender berjumlah RM214 juta oleh Telekom Malaysia menerusi arahan terus Kementeria Kewangan,” soalnya.

Najib turut menyiarkan surat daripada Kementerian Kewangan 7 Oktober 2003 dalam laman Facebook.

Tambah beliau, kontrak tersebut merupakan instrumen kepada penyenaraian Opcom pada tahun tersebut.

“Siapa Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada 2002?” tanya beliau.

Malah Najib turut mempersoalkan ketika menjadi Perdana Menterti untuk kali kedua, adakah benar projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang merupakan hanya satu satunya projek mega yang dilakukan secara tergesa-gesa dan diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta diluluskan Kabinet dalam masa yang singkat.

Najib turut bertanya siapakah penerima manfaat utama projek tersebut yang mana saham syarikat itu meningkat sebanyak 50 peratus apabila projek tersebut diumumkan.

“Siapa pemegang saham utama dan pengerusi Opcom ketika itu? Oh…betul. Dua daripada tiga anak lelaki anda,” katanya. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. Najib tolonglah jangan jawab soalan bodoh Mahathir tu kesian dia nanti dijawabnya dia keliru apa nak buat?

  2. Politik org kita.. selagi boleh londeh, londeh habis semua biaq sampai telanjang bulat. Aku tgk ahli politik bukan org kita pulak, wlpun ada ahli politik dari parti lawan dia di Perak yg isytihar harta sampai tak silap aku rm180 juta, depa takdak p londeh mana dia dapat harta tu semua. Senyap ja depa jaga sesama depa. Klu kita kaaaa… sama sendiri yg melondeh.

  3. baca akhbar cina baru ko tau sifat sebenar org politik cina… org cina, india, sama je bro 🙂

  4. Madey akan terus buat bodoh dan tak bersalah… Bila malaikat maut datang pun dia akan buat bodoh dan tak bersalahnya…. Saya bukan Madey tuan malaikat!!!!

  5. Teruskan jawab tomahan madey. Bagi pengajaran kepada dia untuk teladan anak2 muda kita.

  6. Itulah orang2 politik.Susah nak cari yg jujur, telus, amanah.Mereka akan membahagi2 projek yg diperoleh kpd anak isteri, kroni dsbnya.Kita hanya akan tahu semua perkara apabila perbicaraan adil dilaksanakan di padang Masyhar nanti.

  7. Perhhh padu jawapan DS Najib…tak heranlah kalau Atok marah, berdendam dan tabur fitnah dengan DS Najib

  8. Itu belum lagi kalau Nuar pulak menyampuk pasal Tun, skrg dia hold dulu sebab Tun masih dalam PH. Tun keluar je PH siaplah.. eh tak jugak kot sb Mukhriz masih afa dlm PH lagi.. kena tggu Mukhriz pulak keluar. Nuar pun klu keluar PH habis cerita mengaibkan pun akan terlondeh agaknya.. wallahua’lam.

Comments are closed.