Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Sebarang kenyataan, tindakan dan perbuatan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin tidak mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia ekoran tindakannya menjadi calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sebagai calon Bebas.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu, keahliaan Tengku Zainul telah terhenti serta merta.

Menurut Hamzah, Fasal 10.2.4 dalam Perlembagaan Bersatu menyatakan sesiapa ahli yang bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran parti Bersatu atau sebagai calon bebas atau calon mana-mana parti atau bertindak sebagai pencadang/penyokong dalam kertas penamaan calon bebas atau calon parti lawan.-

Tindakan beliau juga bertentangan dengan keputusan Bersatu untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Chini.

Bersatu memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Shahrim Md. Zain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast