TERKINI : 316 Kes Positif ‘Kluster Pedas’ Telah Dikuarantin – Dr. Noor Hisham

Kementerian Kesihatan telah melaporkan sebanyak 316 kes positif jangkitan Covid-19 dalam kalangan Kluster Pedas sehingga 12 tengahari ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu diperolehi menerusi sebanyak 957 ujian saringan Covid -19 yang dilaksanakan dalam kalangan kluster di Pedas.