WASHINGTON – Pasukan tentera operasi khas Amerika Syarikat (AS) menggunakan peluru berpandu yang direka khas untuk membunuh ketua sekutu kumpulan AlQaeda di Syria pada bulan ini, menghadapi kumpulan pengganas itu dengan menggunakan senjata yang menggabungkan kekejaman tidak bertamadun dan terkonologi terkini.

Semalam, para pegawai AS dan Al-Qaeda berkata, pemimpin Al-Qaeda cawangan Hurras al-Din yang dikenali sebagai Khaled al-Aruri maut dalam serangan dron di Idlib di barat laut Syria pada 14 Jun lalu,

Beliau adalah anggota veteran Al-Qaeda yang menyertai kumpulan itu pada 1990an.

Bagaimana beliau meninggal dunia adalah lebih mengejutkan, lapor NY Times.

Peluru berpandu Hellfire yang diubah suai dilengkapi dengan peledak lengai.

Sebaliknya daripada meletup, peluru berpandu itu melepaskan 45 kilogram logam di atas kereta milik Aruri.

Jika peluru pada kelajuan tinggi itu tidak membunuhnya, ciri peluru berpandu yang lain akan membunuhnya, iaitu enam bilah logam tajam yang terdapat dalamnya akan terkeluar sebelum ia terhentak untuk memotong apa sahaja yang berada pada laluannya.

Varian peluru berpandu Hellfire, dikenali R9X, pada asalnya dibangunkan kira-kira sedekad lalu di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama bagi mengurangkan kematian orang awam dan kemusnahan harta benda pada peperangan AS menentang keganasan seperti di Afghanistan, Pakistan, Iraq, Syria, Somalia dan Yemen.

Senjata tersebut, yang dijelaskan secara terperinci buat kali pertama oleh The Wall Street Journal pada tahun lalu, mungkin telah digunakan sebanyak enam kali baru-baru ini, kata para pegawai AS, khususnya apabila lokasi seorang pemimpin pengganas kanan dikenalpasti dan penggunaan senjata lain akan meningkatkan risiko membunuh orang awam yang berada berdekatan.

Peluru berpandu Hellfire konvensional, dengan kepala peledak seberat sembilan kilogram, sering digunakan terhadap kumpulan atau individu sasaran bernilai tinggi yang bertemu dengan kumpulan militan lain.
Bagaimanapapun apabila pasukan tentera operasi khas memburu seorang ketua, varian Hellfire R9X sering menjadi pilihan.

Para pegawai As mengesahkan penggunaan peluru berpandu yang jarang digunakan itu dalam dua insiden, satu digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan satu lagi digunakan oleh Pemerintah Operasi Khas Bersama secara rahsia.

Gambar-gambar kenderaan menunjukkan kesan serangan luar biasa didedahkan. Kenderaan tidak mengalami kerosakan teruk tetapi serangannya tepat ke atas atapnya.

Ia mencadangkan bahawa pihak tentera menggunakan kepala peledak lengai untuk membunuh sasarannya dengan kesan kelajuan tinggi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast